*semasa aku menulis ni, jam pukul 4.32 pagi. mengikut pengalaman ku, ni waktu paling aktif makhluk2 ghaib ni. Start pukul 4 pagi, anjing2 depan umah aku mula menyalak, menyahut2. Mama, papa aku selalu terjaga pukul 3,4 pagi tiba2, and waktu ni la waktu paling sunyi and sejuk*
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Ada orang sinis kata hantu takde. Actually if u want dibuktikan dengan sudut sains, now ada major research tentang dunia ghaib, dorang panggil Quantum Theory, dengan satu falsafah, Reality is Illusion, so untuk yang ta pernah nampak hantu and ta percaya, bukan dorang ta exist, tapi just dorang belum dapat difahami,
so this is my story
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
1996, CHERAS, KUALA LUMPUR
Famili aku tinggal di Pangsapuri 4E, Blok 16 (berhampiran Sri Melaka). Kalau skang na pi sana, tak jauh pun dari Stesen LRT Cheras. Flat yang kami duduk agak hujung, terpencil, and time ni, area ni penuh dengan hutan dan lombong tinggal.
Aku kecil, darjah 1 atau 2 (ta ingat). Aku kena bangun awal pagi untuk ke sekolah, jauh kat Jalan Pasar. Tapi mama aku kena bangun lagi la awal untuk prepare barang2 aku ke sekolah.
Rupanya, ketika aku tengah nyenyak tidur, hari hari, mama aku dengar bunyi setan berlari bertempiaran, beberapa minit sebelum azan subuh.
Mama aku ta pernah citer kat aku. Tapi satu pagi, aku terjaga lebih awal, aku pi kacau mama aku tengah gosok baju aku. Tengah2 aku bising ajak mama aku sembang, tiba2 mama aku suh aku senyap dan pasang telinga.
"shh.. Izzat, dengar tak tu?"
Aku terkejut tiba tiba mama aku suruh senyap, aku cuba pasang telinga, tapi dah terlambat, bila aku berhenti bercakap, bunyi tu pun berhenti dan aku cuma dengar bunyi azan
"apa dier ma? azan ke?"
Aku ingat kan mama aku marah sebab aku bising time azan. Terus aku senyap subuh tu. Rupanya, ada bunyi lain mama aku dengar. Bunyi setan berlari? Macam mana?
Bila aku da besar baru mama aku citer dengan detail apa bunyi yang dier slalu dengar time subuh2 kat Cheras dulu.
Mama aku percaya itu bunyi setan sebab terlalu konsisten, hari hari, ta pernah miss, betul betul sebelum azan, akan ada bunyi seperti huru hara seolah olah penagih dadah yang tiba tiba ramai2 berlari ke sana sini mencari tempat pelindungan + bunyi ribuan burung tiba tiba terbang serentak,
dan bunyi tu dalam sayup2 tetapi sangat jelas. Mama aku kata bunyi tu selalu hilang sebelum sampai bilik aku, kemudian seminit dua, azan subuh berkumandang.
tapi selepas pindah dari Cheras, mama aku dah ta dengar lagi bunyi2 setan lari. Adakah area situ banyak setan?
3 comments:
Bca n3 adik ni tingat kat blogger Nick Irfan..dia pun byk pgalaman camni.. Apsal salu berpindah randah..papa cikgu ekh?
eee,,bunyi syaitan ? ngee
bukan kak, dulu kan penah kegawatan ekonomi
hee seram wo bunyi, i pernah dengar sekali je
Post a Comment