24 June 2011

Ghost and I - My Real Story - PART 4

*jam menunjukkan pukul 11.57 malam. 14 tahun dulu, waktu ni aku da lama tido lena. Tapi, tapi pernah 14 tahun dulu.. satu malam, aku ta tido, kerana... lagu Lambada yang berhantu....*


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Ada orang sinis kata hantu takde. Actually if u want dibuktikan dengan sudut sains, now ada major research tentang dunia ghaib, dorang panggil Quantum Theory, dengan satu falsafah, Reality is Illusion, so untuk yang ta pernah nampak hantu and ta percaya, bukan dorang ta exist, tapi just dorang belum dapat difahami,


so this is my story
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

1997,  CHERAS, KUALA LUMPUR


Tahun ni adik aku yang ketiga lahir. Dia cepat membesar so my mama belikan adik aku ni walking chair. Kat walking chair ni ada satu button, bila picit dier akan mainkan lagu Lambada, sekali sahaja. So da habis je lagu, kalau na dengar lagi kena tekan the button lagi sekali baru dia mainkan balik lagu Lambada tu.




I love to play with the music button until one night...




Malam yang sunyi, mama papa aku da tido. Dua adik aku pun da tido. Even satu flat tu pun takde bunyi orang berjaga. Totally sunyi KECUALI bunyi lagu Lambada yang berulang ulang bermain di ruang tamu.




Aku ingat aku masih bermimpi. Tapi rupanya aku betul betul sedar dan bunyi lagu tu begitu jelas, Ia berulang ulang~ selepas habis, ia start balik, habis, ia start balik, seolah olah ada orang tengah main button lagu walking chair tu.




Bilik aku gelap, tetapi kat ruang tamu, my parents ada pasang lampu dinding (yang cahaya warna kuning malap malap) supaya senangkan kami pi tandas sendiri.




So bayangkan, dalam kegelapan dengan kesamaran cahaya kuning malap malap, tambah aku kecik kecik mang penakut, so aku paksa diri aku tido.




Aku tertido. Tapi aku rasa lama selepas tu aku terjaga. Lagu Lambada masih bermain main berulang kali~! Tapi kali ni aku ta tahan na pi tandas. Aku toleh pandang adik aku...




Adik aku senyap je ta gerak. Mungkin dia ta dengar and tengah lena tido. Aku pun paksa diri tido. Tapi aku terjaga semula lama selepas tu. Walking chair tu tak berbunyi lagi!




Lagu lambada tu dah berhenti~! Aku ingat ianya mimpi, tapi aku still rasa seram, aku toleh pandang adik aku...




Mata adik aku celik pandang aku tepat. Dia tanya "ta tido lagi ke?" and aku balas "ko dengar ta lagu tu Iqbal?" Adik aku angguk. Dia pun dengar! Aku cakap "ko na pi tandas ta? Temankan aku Iqbal, jom la"




Selepas aku buang, dia pula buang, time ni la aku pi check balik walking chair tu. Rupanya button lagu Lambada ni tersangkut. Laa... So aku pun betulkan, bagi button tu terkeluar balik. Aku try picit, ta berbunyi, "bateri da habis, sampai habis bateri"




And aku dengan adik pun sambung tido..... TAPI selepas tu Lagu Lambada tu bermain lagi, berulang ulang kembali... 




Sapa pula yang tengah main picit2 music button tu skang? Aku ta boleh tido. Aku pandang adik aku, bisik panggil nama dia, tapi dia da tido. Ah sudah, aku sorang sorang skang. Last last aku tertido juga.




Esok pagi bila hari cerah, aku try tengok button lagu tu, takde sangkut pun. Aku try picit2 mang ta berlagu dah. Bila my papa ganti bateri button tu, still button tu takmau berlagu lagi.




The button now diam selamanya















23 June 2011

ILLUMINATI CARD GAME - MALAYSIAN STYLE (enhanced version)

~(^_^)~ i think saje na cedok sedikit kegelapan dari my black blog, so ini Illuminati Card Game yang dikeluarkan pada tahun 1995 oleh Steve Jackson Games ~ famous for meramalkan 11 September, dan Tokyo Tsunami. So now =D sarcasm on*~~ Malaysian version PART 2!



Kilang Lynas di Gebeng, Kuantan



Anonymous versus Malaysian Government



Jawatankuasa Siasatan Diraja



Kuasa Rakyat




Dicampak terjun bangunan



Dasar Penswastaan



Kantoi video!



Ahli Teori Konspirasi






Well yang bakal jadi (dikatakan bakal jadi soon hohoho)

+mengikut urutan+







Facebook orang yang ada maklumat dalam yang selalu bocorkan maklumat utk warning (dia cuba selamatkan orang sebanyak boleh) klik~!







LELAKI PISCES DAN SIFAT MEREKA - PISCES STORY PART II

Baca untuk suka suka =)


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Dulu saya pernah suka suka buat kajian, persamaan bulan lahir dengan perangai. Dalam kajian tu saya perasan cuma beberapa bulan je yang hampir semua yang lahir dalam bulan tu mempunyai sifat yang sama. Dan PISCES salah satu darinya. =D enjoy~!
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


TENTANG LELAKI PISCES


TARIKH LAHIR
Antara 19 Feb hingga 20 Mac


TARIKH PALING KUAT PERSAMAAN
14 MAC hingga 20 MAC


TARIKH YANG ADA PENGARUH PISCES
21 MAC hingga 1 APRIL



+SIFAT LELAKI PISCES+



Knight for a lovely princess.



Seseorang yang akan menjaga kekasihnya seperti seorang puteri. Pisces lelaki akan selalu menyebut kata kata manis kepada puterinya. Selalu ingin berada di sisi kekasihnya. Kadang kadang si kekasih pisces akan rasa terkongkong atau annoying dengan sikap lelaki Pisces.





Pisces is a knight, so he'll do anything sentiasa berada di sisi puterinya. Oleh kerana Pisces kuat pikir macam macam, and Pisces kuat ikut gerak hati, and Kekasih is No 1 dalam hidup seorang lelaki Pisces MAKA kekasih si pisces akan selalu di spy oleh  si pisces ni.




KUAT IMAGINASI + PERCAYA GERAK HATI + PROTECT MY HUNNY = ALWAYS DI SISI HUNNY




Pisces lelaki cenderung untuk amalkan SISTEM KARMA



~sayang saya, saya akan sayang awak berjuta juta kali ganda~ ~benci saya, saya akan tunjukkan kebencian yang paling dasyat pernah awak tengok~



Oleh kerana Pisces amalkan sistem karma, Pisces ni boleh dikatakan pendendam. Tapi dendam seorang Pisces agak... unik.Pisces boleh lupakan marahnya, tapi tidak maafkan, Pisces akan ingat, dan balas dengan sumpahan Pisces. And bila sumpahan tu menjadi, Pisces akan memandang hina orang tu dengan penuh perasaan puas hati.






JIKA KEKASIH ANDA SEORANG PISCES



Pisces bukan Leo yang cool, atau Sagittarius yang prefer sederhana and space. Pisces bukan Aries yang penuh semangat membara. What pisces need is love. Love from soulmate, his wife.



Pisces lebih mendengar kata kata kekasihnya berbanding kata kata orang lain, termasuk ibunya. So gunakan kesempatan ni untuk minta kat kekasih pisces anda apa apa je ;D tetapi minta dengan penuh feminin, lemah lembut, gedik2, comel, Pisces mesti caaair punya.



Jangan marah marah lelaki pisces tidur, tetapi kacau la lelaki pisces tidur dengan penuh kelembutan kasih sayang seperti usap usap pipi dier, peluk dier, mesti dier bangun tersenyum. Again, jangan marah lelaki pisces tidur.



Pisces selalu terawang awang dalam mimpinya, maka penting bagi seorang kekasih untuk kekalkan dia di dunia nyata. Kekasih seorang pisces mestilah seorang yang pandai mengawal ketidaktentuan pisces, dengan cara, (my suggestion) menggoda pisces



Bila anda nak menegur pisces, sangat tidak bijak tegur lelaki pisces secara direct, sebaliknya tegur dengan penuh godaan dan lemah lembut, pisces kuat melawan teguran, tapi ta leh lawan bisikan kekasih



Lelaki pisces agak manja, manja dengan awek dier. Pisces sensitif. Sensitif terhadap segala galanya. So tunjukkan kasih sayang anda kat dia, Pisces takkan jemu.



Hadiah paling best untuk lelaki pisces - Hug and kekasihnya cakap I love U








+ENTRIES SAYA YANG LAIN BERKAITAN PISCES+

















22 June 2011

~(^ ^)~ PISCES DAN SIFAT MEREKA

Baca untuk suka suka =)


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Dulu saya pernah suka suka buat kajian, persamaan bulan lahir dengan perangai. Dalam kajian tu saya perasan cuma beberapa bulan je yang hampir semua yang lahir dalam bulan tu mempunyai sifat yang sama. Dan PISCES salah satu darinya. =D enjoy~!
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


TENTANG PISCES


TARIKH LAHIR
Antara 19 Feb hingga 20 Mac



TARIKH PALING KUAT PERSAMAAN
14 MAC hingga 20 MAC



TARIKH YANG ADA PENGARUH PISCES
21 MAC hingga 1 APRIL



SIFAT UTAMA PISCES



Bintang yang paling mistikal, kelebihan mereka ialah mereka mampu memahami perasaan orang lain, berkebolehan membuka pintu hati orang lain, lover



Kebolehan Pisces yang paling power ialah, mampu untuk melihat sesuatu isu dari dua jenis pandangan.  Pisces boleh memahami perasaan di kedua dua belah pihak sehingga pisces sendiri keliru dia perlu sokong sapa. Sebab tu Pisces selalu jadi orang tengah dalam sesuatu konflik. And pisces paling ta suka konflik.







Pisces boleh dikatakan PAKAR EMOSI. Keburukan pisces ialah ORANG SUSAH NA MEMAHAMI PISCES. Kebanyakan pisces mood swinger atau cepat berubah mood. Kebolehan Pisces yang lain, MAMPU RADIATE KESEDIHAN DORANG SEHINGGA ORANG SEKELILING PUN TURUT SEDIH.




If korang na luahkan masalah, korang tertekan, CARI PISCES IF KORANG NEED SOMEONE TO HEAR YOUR PROBLEM. Most Pisces pendengar yang baik, because their ability to understand people.




PISCES CRY ALONE. PISCES ' MENANGIS DI DASAR LAUT ', ALONE. Imagine anda tenggelam di dasar laut, sunyi, takde cahaya, terapung apung, FLOATING, SINKING DEEPER, itula DUNIA PISCES.




Bila ada satu sumber cahaya (kawan kawan, lover), Pisces akan cepat cepat berenang ke sana, tanpa pikir panjang akan terus pi ke sumber cahaya tu, terpukau, dan terus memuja, dan takkan melepaskan sumber cahaya tu.








Pisces senang untuk hilang motivation. Dan pisces senang gak hidup di mana mana (easy to adapt to environment) Pisces selalu suka ikut gerak hati sendiri. Sebab gerak hati Pisces selalunya tepat.




Most pisces love to duduk sorang sorang while mengingat kenangan silam. Most pisces pemimpi (kuat berangan) So common to see Pisces duk termenung sorang sorang.





PISCES QUOTE ~ "FOLLOW THE FLOW"










+ENTRIES SAYA YANG LAIN BERKAITAN PISCES+










[pictures from http://wallpaper.metalship.org/en/ and 






Ghost and I - My Real Story - PART 3

*ketika aku menulis ni, jam pukul 3.29 pagi. Anjing anjing liar jiran baru je start menyalak. Hari hari. Sebelum pukul 3 pagi sunyi sangat. Pukul 3 start menyalak. Pukul 4 salakan menjadi lebih sedih. Menjelang subuh, sunyi kembali*


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Ada orang sinis kata hantu takde. Actually if u want dibuktikan dengan sudut sains, now ada major research tentang dunia ghaib, dorang panggil Quantum Theory, dengan satu falsafah, Reality is Illusion, so untuk yang ta pernah nampak hantu and ta percaya, bukan dorang ta exist, tapi just dorang belum dapat difahami,


so this is my story
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

2000, PULAU PANGKOR, PERAK


Papa aku sakit kerana disantau. So kekerapan papa aku masuk ke tandas untuk membuang melebihi normal manusia biasa. So perkara biasa bagi papa aku untuk bangun ke tandas 4, 5 kali dalam satu malam, hari hari selama 10 tahun lebih.



Masa ni aku darjah 5. Rumah aku rumah kayu tepi pantai. Belakang rumah ni ada kilang buat bot nelayan. Kilang ni malam malam ada banyak anjing jaga. Tiap tiap malam anjing anjing di kilang ni akan menyalak ke arah laut.




Satu malam, ketika kami adik beradik tengah lena tidur, papa terpaksa bangun ke tandas. Jam pukul 3 pagi. 



Sunyi. Anjing pun ta menyalak (ya memang ada satu period di mana anjing akan stop menyalak dan rest sebelum sambung menyalak)



Tiba tiba papa aku dengar bunyi sesuatu melibas libas. Bunyi seperti seekor angsa mengibas kepak. Tapi kepak yang sangat besar. Itu la bunyinya. 



"Bunyi macam kipas helikopter pun ada", bisik hati papa aku



Serentak dengan itu anjing anjing di kilang tu menyahut nyahut menyalak dengan sedih ~awwuuuuu~ 
Papa aku dengar seperti bunyi dinding dinding rumah jiran dicakar cakar. Kemudian dinding rumah aku pula dicakar. Kemudian bunyi mengibas ngibas kepak. Bunyi tu sangat kuat.




DUM! Ada benda jatuh atas atap zink rumah aku. Selepas tu bunyi mengibas ngibas lagi. Anjing masih ta henti henti menyalak. Lama kelamaan bunyi mengibas semakin perlahan




Anjing di kilang dah berhenti menyalak TETAPI, anjing anjing kampung cina yang ta jauh dari  kampung aku tiba tiba menyalak sedih ~awwuuuu~ kemudian disahuti dengan kampung sebelah kampung cina 

(Pangkor  kecil so bunyi salakan anjing dari kampung sebelah boleh dengar)




Papa aku buat tak tau. Esoknya papa cerita kat mama, and aku curi curi dengar. Lama kelamaan baru aku tahu, mungkin... mungkin yang datang malam tu ialah LANGSUIR












21 June 2011

Ghost and I - My Real Story - PART 2

*semasa aku menulis ni, jam pukul 7.17 petang. Waktu ni waktu senja, waktu yang aku senang kemalangan masa kecil kecil dulu*


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Ada orang sinis kata hantu takde. Actually if u want dibuktikan dengan sudut sains, now ada major research tentang dunia ghaib, dorang panggil Quantum Theory, dengan satu falsafah, Reality is Illusion, so untuk yang ta pernah nampak hantu and ta percaya, bukan dorang ta exist, tapi just dorang belum dapat difahami,


so this is my story
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

1998, REMBAU, NEGERI SEMBILAN


Time ni satu famili balik kampung. Time ni kampung aku Rembau ialah kampung yang paling aman, sunyi, dikelilingi hutan, dan jarang2 ada kereta lalu masuk kampung. Bahasa orang utara, kampung kat hulu.



Masa senja, hari mula gelap, mama aku tengah basuh cawan sorang2 kat dapur. Belakang dapur ada satu bilik air besar dengan kolah air besar. 


Bila hari start malam, orang tua tua famili aku akan kunci bilik air besar ni selepas semua selesai mandi. Kami semua kena selesai mandi sebelum maghrib.

Pic : bilik air besar rumah atok aku 


So senja hari tu, my aunty-aunty, my uncle-uncle, atuk uwan, sepupu sepupu aku semua kat ruang tamu kat depan. Only my mama kat dapur, so i pergi kacau mama i.


"Mama buat apa tu"

"Mama tengah basuh botol susu adik ko ni, pi duk depan"


Time ni la aku dengar, ada orang mandi di belakang, mandi di kolah air besar.


Aku pelik dan tanya mama aku, sapa yang mandi kat belakang? Semua orang ada kat depan. Aku pun berlari ke ruang tamu dan check kira sorang2. Semua ada! So sapa kat belakang?



Aku lari pi kat mama aku dan tanya lagi, 


"Sapa kat belakang mama?


Mama kerut dahi dan kata, takde sapa sapa la, mama aku marah aku sebab kacau dia, mama aku suruh aku pi depan. Sebelum pi depan, aku try intai sapa kat belakang.


Tak ada sapa sapa!


Mama aku cepuk aku, dan aku pun pi lari ke ruang tamu.


Siapa yang mandi kat belakang?





*peristiwa orang misteri mandi kat kolah air besar tu selepas tu berlaku lagi beberapa kali, sampai hampir seluruh famili aku pernah dengar*








Ghost and I - My Real Story - PART 1

*semasa aku menulis ni, jam pukul 4.32 pagi. mengikut pengalaman ku, ni waktu paling aktif makhluk2 ghaib ni. Start pukul 4 pagi, anjing2 depan umah aku mula menyalak, menyahut2. Mama, papa aku selalu terjaga pukul 3,4 pagi tiba2, and waktu ni la waktu paling sunyi and sejuk*


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Ada orang sinis kata hantu takde. Actually if u want dibuktikan dengan sudut sains, now ada major research tentang dunia ghaib, dorang panggil Quantum Theory, dengan satu falsafah, Reality is Illusion, so untuk yang ta pernah nampak hantu and ta percaya, bukan dorang ta exist, tapi just dorang belum dapat difahami,


so this is my story
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

1996, CHERAS, KUALA LUMPUR


Famili aku tinggal di Pangsapuri 4E, Blok 16 (berhampiran Sri Melaka). Kalau skang na pi sana, tak jauh pun dari Stesen LRT Cheras. Flat yang kami duduk agak hujung, terpencil, and time ni, area ni penuh dengan hutan dan lombong tinggal.


Aku kecil, darjah 1 atau 2 (ta ingat). Aku kena bangun awal pagi untuk ke sekolah, jauh kat Jalan Pasar. Tapi mama aku kena bangun lagi la awal untuk prepare barang2 aku ke sekolah.


Rupanya, ketika aku tengah nyenyak tidur, hari hari, mama aku dengar bunyi setan berlari bertempiaran, beberapa minit sebelum azan subuh.



Mama aku ta pernah citer kat aku. Tapi satu pagi, aku terjaga lebih awal, aku pi kacau mama aku tengah gosok baju aku. Tengah2 aku bising ajak mama aku sembang, tiba2 mama aku suh aku senyap dan pasang telinga.


"shh.. Izzat, dengar tak tu?"


Aku terkejut tiba tiba mama aku suruh senyap, aku cuba pasang telinga, tapi dah terlambat, bila aku berhenti bercakap, bunyi tu pun berhenti dan aku cuma dengar bunyi azan


"apa dier ma? azan ke?"


Aku ingat kan mama aku marah sebab aku bising time azan. Terus aku senyap subuh tu. Rupanya, ada bunyi lain mama aku dengar. Bunyi setan berlari? Macam mana?



Bila aku da besar baru mama aku citer dengan detail apa bunyi yang dier slalu dengar time subuh2 kat Cheras dulu.



Mama aku percaya itu bunyi setan sebab terlalu konsisten, hari hari, ta pernah miss, betul betul sebelum azan, akan ada bunyi seperti huru hara seolah olah penagih dadah yang tiba tiba ramai2 berlari ke sana sini mencari tempat pelindungan + bunyi ribuan burung tiba tiba terbang serentak,



dan bunyi tu dalam sayup2 tetapi sangat jelas. Mama aku kata bunyi tu selalu hilang sebelum sampai bilik aku, kemudian seminit dua, azan subuh berkumandang.



tapi selepas pindah dari Cheras, mama aku dah ta dengar lagi bunyi2 setan lari. Adakah area situ banyak setan?