22 June 2011

Ghost and I - My Real Story - PART 3

*ketika aku menulis ni, jam pukul 3.29 pagi. Anjing anjing liar jiran baru je start menyalak. Hari hari. Sebelum pukul 3 pagi sunyi sangat. Pukul 3 start menyalak. Pukul 4 salakan menjadi lebih sedih. Menjelang subuh, sunyi kembali*


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Ada orang sinis kata hantu takde. Actually if u want dibuktikan dengan sudut sains, now ada major research tentang dunia ghaib, dorang panggil Quantum Theory, dengan satu falsafah, Reality is Illusion, so untuk yang ta pernah nampak hantu and ta percaya, bukan dorang ta exist, tapi just dorang belum dapat difahami,


so this is my story
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

2000, PULAU PANGKOR, PERAK


Papa aku sakit kerana disantau. So kekerapan papa aku masuk ke tandas untuk membuang melebihi normal manusia biasa. So perkara biasa bagi papa aku untuk bangun ke tandas 4, 5 kali dalam satu malam, hari hari selama 10 tahun lebih.



Masa ni aku darjah 5. Rumah aku rumah kayu tepi pantai. Belakang rumah ni ada kilang buat bot nelayan. Kilang ni malam malam ada banyak anjing jaga. Tiap tiap malam anjing anjing di kilang ni akan menyalak ke arah laut.




Satu malam, ketika kami adik beradik tengah lena tidur, papa terpaksa bangun ke tandas. Jam pukul 3 pagi. 



Sunyi. Anjing pun ta menyalak (ya memang ada satu period di mana anjing akan stop menyalak dan rest sebelum sambung menyalak)



Tiba tiba papa aku dengar bunyi sesuatu melibas libas. Bunyi seperti seekor angsa mengibas kepak. Tapi kepak yang sangat besar. Itu la bunyinya. 



"Bunyi macam kipas helikopter pun ada", bisik hati papa aku



Serentak dengan itu anjing anjing di kilang tu menyahut nyahut menyalak dengan sedih ~awwuuuuu~ 
Papa aku dengar seperti bunyi dinding dinding rumah jiran dicakar cakar. Kemudian dinding rumah aku pula dicakar. Kemudian bunyi mengibas ngibas kepak. Bunyi tu sangat kuat.




DUM! Ada benda jatuh atas atap zink rumah aku. Selepas tu bunyi mengibas ngibas lagi. Anjing masih ta henti henti menyalak. Lama kelamaan bunyi mengibas semakin perlahan




Anjing di kilang dah berhenti menyalak TETAPI, anjing anjing kampung cina yang ta jauh dari  kampung aku tiba tiba menyalak sedih ~awwuuuu~ kemudian disahuti dengan kampung sebelah kampung cina 

(Pangkor  kecil so bunyi salakan anjing dari kampung sebelah boleh dengar)




Papa aku buat tak tau. Esoknya papa cerita kat mama, and aku curi curi dengar. Lama kelamaan baru aku tahu, mungkin... mungkin yang datang malam tu ialah LANGSUIR












5 comments:

Unknown said...

seram nyer..mmg kisah benar ker dik..?

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

yup yup, kisah saya sendiri la =o

Cik SHiNJU said...

Weh...serius meh?
Seram akak baca n3 nih..

cikida said...

owh ade ea...huuu.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

=I ni belum yg paling seram kak



hehe ada cikida