21 June 2011

Ghost and I - My Real Story - PART 2

*semasa aku menulis ni, jam pukul 7.17 petang. Waktu ni waktu senja, waktu yang aku senang kemalangan masa kecil kecil dulu*


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Ada orang sinis kata hantu takde. Actually if u want dibuktikan dengan sudut sains, now ada major research tentang dunia ghaib, dorang panggil Quantum Theory, dengan satu falsafah, Reality is Illusion, so untuk yang ta pernah nampak hantu and ta percaya, bukan dorang ta exist, tapi just dorang belum dapat difahami,


so this is my story
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

1998, REMBAU, NEGERI SEMBILAN


Time ni satu famili balik kampung. Time ni kampung aku Rembau ialah kampung yang paling aman, sunyi, dikelilingi hutan, dan jarang2 ada kereta lalu masuk kampung. Bahasa orang utara, kampung kat hulu.



Masa senja, hari mula gelap, mama aku tengah basuh cawan sorang2 kat dapur. Belakang dapur ada satu bilik air besar dengan kolah air besar. 


Bila hari start malam, orang tua tua famili aku akan kunci bilik air besar ni selepas semua selesai mandi. Kami semua kena selesai mandi sebelum maghrib.

Pic : bilik air besar rumah atok aku 


So senja hari tu, my aunty-aunty, my uncle-uncle, atuk uwan, sepupu sepupu aku semua kat ruang tamu kat depan. Only my mama kat dapur, so i pergi kacau mama i.


"Mama buat apa tu"

"Mama tengah basuh botol susu adik ko ni, pi duk depan"


Time ni la aku dengar, ada orang mandi di belakang, mandi di kolah air besar.


Aku pelik dan tanya mama aku, sapa yang mandi kat belakang? Semua orang ada kat depan. Aku pun berlari ke ruang tamu dan check kira sorang2. Semua ada! So sapa kat belakang?



Aku lari pi kat mama aku dan tanya lagi, 


"Sapa kat belakang mama?


Mama kerut dahi dan kata, takde sapa sapa la, mama aku marah aku sebab kacau dia, mama aku suruh aku pi depan. Sebelum pi depan, aku try intai sapa kat belakang.


Tak ada sapa sapa!


Mama aku cepuk aku, dan aku pun pi lari ke ruang tamu.


Siapa yang mandi kat belakang?





*peristiwa orang misteri mandi kat kolah air besar tu selepas tu berlaku lagi beberapa kali, sampai hampir seluruh famili aku pernah dengar*








2 comments:

cikida said...

euwww...seram jee

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

=x belum yang paling seram