19 August 2011

AMALIA ALIAS - UMPAMA PERMATA



Tadi saje jalan jalan blog, tiba tiba i tersentak, dan terpukau, ada satu blog tu main satu lagu yg sgt merdu.. suara penyanyi dier buatkan hati ni cair, then i try cari sapa penyanyi dier...



Akhirnya, saya jumpa, dia la amaliaAlias






Korang try la dengar, and i juga berjaya jumpa blog dier.






Blog dier cantik, tapi sayang je such a great talent kalau tak diketahui ramai :)



~(^_^)~ trust me
you all should try to see her videos





awesome well done girl











17 August 2011

FOOD QUEST : ~MEE LIPAT~

Satu lagi makanan yang sedap yang mesti dicuba bagi pengemar masakan ^^ Mee Lipat



So apa tu Mee Lipat?


Mee Lipat ialah sejenis masakan yang digoreng, sama macam nak buat mi goreng, cuma bezanya, masakan ni pakai ~mi khas~ iaitu mee teow kuning.




Untuk kenal Mee Lipat kita kena tahu ciri-ciri mee ni sebelum dimasak:-



  • Pakai mee kaler kuning yang berbentuk petak, halus2, nipis (berbeza dengan mee goreng yg pakai mee bulat dan tebal and kuehteow yang kaler putih dan besar2)

  • Mee untuk Mee Lipat ni ada rasa dier tersendiri dan susah na sebati dengan rasa kuah perencah yang kita letak time nak goreng dier, so kalau ta cukup perencah or pedas, Mee Lipat boleh jadi tawar 

Dalam bungkusan


  • Mee untuk Mee Lipat ni sesuai buat goreng je

SO MASA UNTUK BAHAN-BAHAN LAIN ^^


  • Untuk lauk, for me, lauk yg paling sesuai ialah Udang dan Sotong, kalau ada Udang, mesti kena ada Sotong, salah satu kalau takde mesti tak best dah~

  • Sayur wajib ialah Daun Kuchai, and tauge untuk manis

  • Kuah perencah Mee Lipat sama macam mi goreng gak, tapi kena letak air sikit (macam bihun untuk kasi kembang mee dier)

MARI MEMASAK ^^



DA SIAP, MARI MAKAN ^^



Selamat Mencuba ~(^_^)~




16 August 2011

FOOD QUEST : LAKSA MI PULAU PANGKOR

Orait this time na perkenalkan masakan orang Pulau Pangkor~




So, apa itu Laksa Mi? 


Well Laksa Mi ni makanan yang sangat sinonim dengan orang Pangkor, aku kecik2 dulu breakfast kat kantin makan Laksa Mi, bila da dewasa ramai orang Pangkor breakfast makan laksa mi. Time hari raya pun ada yang jamu tetamu dengan Laksa Mi~




APA ADA DALAM LAKSA MI?


Antara syarat2 kandungan Laksa Mi ialah:-

  • Sup ikan - untuk kuah dier. Ikan lak boleh guna ikan yang sesuai buat sup mcm ikan bawal, ikan kayu, ikan kembung, ikan kekek
  • Sambal - cili blender dengan bawang besar, bawang putih, pastu goreng, boleh letak seafood utk kasi manis ( i prefer letak ketam)
  • Sayur kacang panjang cincang2 goreng dengan fishcake (zaman aku kecik2 dulu orang Pangkor pakai lobak asin)
  • Mi special Laksa Mi (kat bungkusan tulis Mee Teow - mi dier kaler putih not yellow)

SO MACAM MANA NAK BUAT?


Ok then next kita sediakan bahan utk sambal

Rebus cili kering dulu

Guna bawang besar banyak ni tau~


Ok kita blender cili kering + bawang besar + bawang putih + sedikit belacan

Ok next sediakan bahan seafood kita

Ni orang Pangkor panggil Ikan Belaling,


orang Kedah panggil Ikan Temenung,


and orang KL panggil Ikan Kembung


Ok now time tu buat sambal~

Kita tumis bahan yang dah blender tadi


Masukkan ketam, pastu letak sedikit asam keping

and garam secukup rasa, and gula


Ok siap~! :D


Ok pastu kita goreng udang kering sikit, bawang, pastu masukkan kacang panjang tadi, dengan fishcake, kasi goreng


Sup ikan pula, tumis bawang putih dengan halia aje, masukkan air, masukkan ikan, pastu letak sikit asam keping

(garam kalau na letak sikit je)



Ok da siap sup kuah dier, kita celur mi

Ni rupa packaging dier


After dicelur dengan air panas
Saiz mi laksa mi ni

So akhirnya siap semua~
 ok time tu campurkan semua step by step~



First letak sayur


Pastu sup, ambil skali seketul ikan


Letakkan sambal~ siap ~(^_^)~




Selamat mencuba~ ^^







14 August 2011

FOOD QUEST : ~ROTI FLAMINGO~


Korang pernah makan Roti Flamingo tak? Mesti ramai sgt ta pernah. Tapi seriusly aku cakap, makanan ni memang2 sangat sedap, dan mengenyangkan.




So, apa tu Roti Flamingo? Roti Flamingo telah dicipta oleh kawan ayah saya dulu kat Cheras. Roti Flamingo mestilah ada ciri-ciri berikut:-


  • Daging burger hendakla digoreng dahulu bersama bawang besar sahaja (no bawang putih)

  • Selepas disumbat dengan inti ke dalam roti hotdog, dan balut dengan popia, barula digoreng roti tu

  • Mesti pakai roti hotdog, sebab lebih manis



Bawah ialah proses family saya membuat Roti Flamingo~




And, da siap~! ^^



So try try la ~(^_^)~ confirm best