24 June 2015

KOTA TERORIS ZODIAK [ Bar Style Review ]



SELAMAT MENONTON ZODIAK TV. BERSEDIA UNTUK SATU LAGI KEMATIAN?



Novel aksi. Letupan demi letupan, kereta dan motor saling kejar-mengejar, tembak-menembak, tumbuk-menumbuk. Siapa yang mati? Siapa yang hidup? Masa untuk review novel ni dengan penuh impak!


~+~+~+~+~+~+~ 





~+~+~+~+~+~+~ 

 

Penulis : Amirul Idham
Publisher : TERFAKTAB
Ketebalan : 321 mukasurat
Prolog : Tiada


Saya akan review novel ini dengan melihat trait-trait tertentu, dan setiap trait tu akan diberi bar markah! Mari kita tengok kekuatan novel ni!



~+~+~+~+~+~+~ 



FLOW








Rentak yang agak bagus, walaupun 10 mukasurat pertama penuh dengan repetitive (mostly bebelan). Tapi once aksi dah start, jalan cerita mula bergerak dengan laju. Secara keseluruhan, scene-scene bertukar dengan lancar dan plot disusun dengan baik.



Cerita ni straight forward action without twist, which is good. Walaubagaimanapun, repetitive yang agak banyak boleh merendahkan kualiti novel ni. Benda yang sama dibebelkan berulang kali..... di dalam bab yang sama!



~+~+~+~+~+~+~ 


 HOOK


 



Hooks cerita ni bagus, dapat menarik pembaca untuk menyelak mukasurat seterusnya. Walaubagaimanapun, hooks ini tidak cukup kuat untuk melawan repetitive yang ada.



Yang bagusnya, hooks dalam novel ni agak fresh, bagus untuk sesiapa yang dah jemu dengan novel misteri dan hantu. Zodiak yang annoying tu buatkan saya rasa tidak sabar untuk tengok cara dia jatuh. My favourite? Melihat macam-macam cara orang mati dalam cerita ni.



Good job shinigami!


  
~+~+~+~+~+~+~ 



ACTION LEVEL




Yang terbaik - aksi kejar-mengejar. Bukan simply kejar-mengejar, ini kejar-mengejar diiringi letupan! Aksi di atas jalan raya memang A+



Aksi bertumbuk? Lupakan. Simplified. Musuh yang banyak cakap time bertumbuk. Pastu buang senjata api sebab nak lawan guna buku lima? Memang spoil~



~+~+~+~+~+~+~


IMMERSION LEVEL





Bila kereta mula memecut, pembaca dapat rasa pergerakan kereta tu seolah-olah macam pembaca berada di dalam kereta tu sendiri. Aksi tembak-menembak digambarkan dengan baik, jadi kehangatan pertempuran senjata tu dapat dirasai tanpa masalah. Cuma, ada satu scene ni saya rasa sedikit terganggu... well... nevermind.



 "Itu bom lahhh!! Aduhhh... aku agak dah! Aku agak dah! Takkan itu pun korang tak tahu!"



~+~+~+~+~+~+~


CHARACTERS





Banyak perkara yang menyebabkan markah ni rendah. Main characters not love-able enough, itu satu hal. Karekter-karekter yang berperwatakan menarik semuanya dihapuskan oleh penulis. Yang tinggal di hujung cerita semuanya watak-watak plain.



Main villain, Zodiak, terlampau banyak berleter dan dialog dia banyak ulang-ulang benda yang sama. Shah sangat plain. Yang sedihnya, karekter 4 Datuk tu sebenarnya lebih menarik dari karekter Shah. Dayana pula... saya tak tahulah apa yang Dayana buat.. selain dari jadi penyeri novel.



~+~+~+~+~+~+~


EMOTION LEVEL





Agak susah emotion level nak tinggi kalau penulis ada problem dengan karekter-karekter dia. Flat. Contoh, penulis kata karekter-karekter dia ketakutan melihat Zodiak, tapi saya tak rasa ketakutan tu.



Hahaha yang bagusnya, Zodiak ni hate-able enough. Dah lah berlagak, annoying pula tu. Agak seronok bila tengok Zodiak gagal.



~+~+~+~+~+~+~



Kesimpulannya, novel Kota Teroris Zodiak ni enjoyable. Sesuai untuk bacaan santai tanpa perlu banyak fikir. Aksi kejar-mengejar dia best. Boleh jadi novel yang bagus kalau penulis tahu macam mana nak kurangkan filler. Terima kasih kerana sudi membaca ^^



27 May 2015

Perang di dalam game The Elder Scrolls Online



Kali ni nak bawa korang merasai suasana perang PVP di dalam game 
[ The Elder Scrolls Online ] 






Perang PVP maknanya korang berperang dengan player sebenar.






Jadi ada tiga puak dalam perang ni. Dan masing-masing boleh tawan kota musuh. Yang ni kota puak saya. Kota Negara Sejuk.






Dan ini salah satu Tower yang berjaya ditawan puak saya.






Memandangkan saya ni bukanlah tank atau damage dealer, tugas saya kebanyakannya berkaitan dengan Tinjauan.



Seram gak tugas scout kubu musuh ni. Kita ni seorang je, kena masuk tempat musuh. Kawasan kubu kuat pula tu. Aiihh~






Antara kota-kota musuh yang pernah saya tinjau.






Rupanya kubu dorang masih dalam construction.






Apabila tugas scouting sudah selesai, saya berdoa agar saya dapat pulang ke kubu saya dengan selamat.






Paling menakutkan bila terpaksa lalu gate macam ni. Takut kena ambush. Atau bertembung dengan bala tentera musuh.






Antara tugas saya yang lain ialah periksa kampung-kampung di dalam wilayah perang ni. Tengok kot-kot orang awam perlukan bantuan, saya sedia menyumbang tenaga untuk orang awam.






Ada sesetengah kampung kita tak boleh tolong secara terbuka.






Dan sebagai seorang tentera, berbunuhan ketika perang tidak dapat dielakkan~



5 orang diperlukan untuk tumbangkan player yang ada kuasa Werewolf ni.



Berdoa agar tubuh kita selamat dari dibaham peluru api.



Dinding kubu boleh dimusnahkan (and boleh repair balik).



Tetapi yang paling best, bila dapat menikmati ketenangan dan menghayati keindahan alam (ketika perang).






Inilah dunia Player versus Player game The Elder Scrolls Online.



~(^ _ ^)~