22 June 2011

~(^ ^)~ PISCES DAN SIFAT MEREKA

Baca untuk suka suka =)


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Dulu saya pernah suka suka buat kajian, persamaan bulan lahir dengan perangai. Dalam kajian tu saya perasan cuma beberapa bulan je yang hampir semua yang lahir dalam bulan tu mempunyai sifat yang sama. Dan PISCES salah satu darinya. =D enjoy~!
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


TENTANG PISCES


TARIKH LAHIR
Antara 19 Feb hingga 20 Mac



TARIKH PALING KUAT PERSAMAAN
14 MAC hingga 20 MAC



TARIKH YANG ADA PENGARUH PISCES
21 MAC hingga 1 APRIL



SIFAT UTAMA PISCES



Bintang yang paling mistikal, kelebihan mereka ialah mereka mampu memahami perasaan orang lain, berkebolehan membuka pintu hati orang lain, lover



Kebolehan Pisces yang paling power ialah, mampu untuk melihat sesuatu isu dari dua jenis pandangan.  Pisces boleh memahami perasaan di kedua dua belah pihak sehingga pisces sendiri keliru dia perlu sokong sapa. Sebab tu Pisces selalu jadi orang tengah dalam sesuatu konflik. And pisces paling ta suka konflik.







Pisces boleh dikatakan PAKAR EMOSI. Keburukan pisces ialah ORANG SUSAH NA MEMAHAMI PISCES. Kebanyakan pisces mood swinger atau cepat berubah mood. Kebolehan Pisces yang lain, MAMPU RADIATE KESEDIHAN DORANG SEHINGGA ORANG SEKELILING PUN TURUT SEDIH.




If korang na luahkan masalah, korang tertekan, CARI PISCES IF KORANG NEED SOMEONE TO HEAR YOUR PROBLEM. Most Pisces pendengar yang baik, because their ability to understand people.




PISCES CRY ALONE. PISCES ' MENANGIS DI DASAR LAUT ', ALONE. Imagine anda tenggelam di dasar laut, sunyi, takde cahaya, terapung apung, FLOATING, SINKING DEEPER, itula DUNIA PISCES.




Bila ada satu sumber cahaya (kawan kawan, lover), Pisces akan cepat cepat berenang ke sana, tanpa pikir panjang akan terus pi ke sumber cahaya tu, terpukau, dan terus memuja, dan takkan melepaskan sumber cahaya tu.








Pisces senang untuk hilang motivation. Dan pisces senang gak hidup di mana mana (easy to adapt to environment) Pisces selalu suka ikut gerak hati sendiri. Sebab gerak hati Pisces selalunya tepat.




Most pisces love to duduk sorang sorang while mengingat kenangan silam. Most pisces pemimpi (kuat berangan) So common to see Pisces duk termenung sorang sorang.





PISCES QUOTE ~ "FOLLOW THE FLOW"










+ENTRIES SAYA YANG LAIN BERKAITAN PISCES+










[pictures from http://wallpaper.metalship.org/en/ and 






Ghost and I - My Real Story - PART 3

*ketika aku menulis ni, jam pukul 3.29 pagi. Anjing anjing liar jiran baru je start menyalak. Hari hari. Sebelum pukul 3 pagi sunyi sangat. Pukul 3 start menyalak. Pukul 4 salakan menjadi lebih sedih. Menjelang subuh, sunyi kembali*


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Ada orang sinis kata hantu takde. Actually if u want dibuktikan dengan sudut sains, now ada major research tentang dunia ghaib, dorang panggil Quantum Theory, dengan satu falsafah, Reality is Illusion, so untuk yang ta pernah nampak hantu and ta percaya, bukan dorang ta exist, tapi just dorang belum dapat difahami,


so this is my story
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

2000, PULAU PANGKOR, PERAK


Papa aku sakit kerana disantau. So kekerapan papa aku masuk ke tandas untuk membuang melebihi normal manusia biasa. So perkara biasa bagi papa aku untuk bangun ke tandas 4, 5 kali dalam satu malam, hari hari selama 10 tahun lebih.



Masa ni aku darjah 5. Rumah aku rumah kayu tepi pantai. Belakang rumah ni ada kilang buat bot nelayan. Kilang ni malam malam ada banyak anjing jaga. Tiap tiap malam anjing anjing di kilang ni akan menyalak ke arah laut.




Satu malam, ketika kami adik beradik tengah lena tidur, papa terpaksa bangun ke tandas. Jam pukul 3 pagi. 



Sunyi. Anjing pun ta menyalak (ya memang ada satu period di mana anjing akan stop menyalak dan rest sebelum sambung menyalak)



Tiba tiba papa aku dengar bunyi sesuatu melibas libas. Bunyi seperti seekor angsa mengibas kepak. Tapi kepak yang sangat besar. Itu la bunyinya. 



"Bunyi macam kipas helikopter pun ada", bisik hati papa aku



Serentak dengan itu anjing anjing di kilang tu menyahut nyahut menyalak dengan sedih ~awwuuuuu~ 
Papa aku dengar seperti bunyi dinding dinding rumah jiran dicakar cakar. Kemudian dinding rumah aku pula dicakar. Kemudian bunyi mengibas ngibas kepak. Bunyi tu sangat kuat.




DUM! Ada benda jatuh atas atap zink rumah aku. Selepas tu bunyi mengibas ngibas lagi. Anjing masih ta henti henti menyalak. Lama kelamaan bunyi mengibas semakin perlahan




Anjing di kilang dah berhenti menyalak TETAPI, anjing anjing kampung cina yang ta jauh dari  kampung aku tiba tiba menyalak sedih ~awwuuuu~ kemudian disahuti dengan kampung sebelah kampung cina 

(Pangkor  kecil so bunyi salakan anjing dari kampung sebelah boleh dengar)




Papa aku buat tak tau. Esoknya papa cerita kat mama, and aku curi curi dengar. Lama kelamaan baru aku tahu, mungkin... mungkin yang datang malam tu ialah LANGSUIR












21 June 2011

Ghost and I - My Real Story - PART 2

*semasa aku menulis ni, jam pukul 7.17 petang. Waktu ni waktu senja, waktu yang aku senang kemalangan masa kecil kecil dulu*


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Ada orang sinis kata hantu takde. Actually if u want dibuktikan dengan sudut sains, now ada major research tentang dunia ghaib, dorang panggil Quantum Theory, dengan satu falsafah, Reality is Illusion, so untuk yang ta pernah nampak hantu and ta percaya, bukan dorang ta exist, tapi just dorang belum dapat difahami,


so this is my story
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

1998, REMBAU, NEGERI SEMBILAN


Time ni satu famili balik kampung. Time ni kampung aku Rembau ialah kampung yang paling aman, sunyi, dikelilingi hutan, dan jarang2 ada kereta lalu masuk kampung. Bahasa orang utara, kampung kat hulu.



Masa senja, hari mula gelap, mama aku tengah basuh cawan sorang2 kat dapur. Belakang dapur ada satu bilik air besar dengan kolah air besar. 


Bila hari start malam, orang tua tua famili aku akan kunci bilik air besar ni selepas semua selesai mandi. Kami semua kena selesai mandi sebelum maghrib.

Pic : bilik air besar rumah atok aku 


So senja hari tu, my aunty-aunty, my uncle-uncle, atuk uwan, sepupu sepupu aku semua kat ruang tamu kat depan. Only my mama kat dapur, so i pergi kacau mama i.


"Mama buat apa tu"

"Mama tengah basuh botol susu adik ko ni, pi duk depan"


Time ni la aku dengar, ada orang mandi di belakang, mandi di kolah air besar.


Aku pelik dan tanya mama aku, sapa yang mandi kat belakang? Semua orang ada kat depan. Aku pun berlari ke ruang tamu dan check kira sorang2. Semua ada! So sapa kat belakang?



Aku lari pi kat mama aku dan tanya lagi, 


"Sapa kat belakang mama?


Mama kerut dahi dan kata, takde sapa sapa la, mama aku marah aku sebab kacau dia, mama aku suruh aku pi depan. Sebelum pi depan, aku try intai sapa kat belakang.


Tak ada sapa sapa!


Mama aku cepuk aku, dan aku pun pi lari ke ruang tamu.


Siapa yang mandi kat belakang?





*peristiwa orang misteri mandi kat kolah air besar tu selepas tu berlaku lagi beberapa kali, sampai hampir seluruh famili aku pernah dengar*








Ghost and I - My Real Story - PART 1

*semasa aku menulis ni, jam pukul 4.32 pagi. mengikut pengalaman ku, ni waktu paling aktif makhluk2 ghaib ni. Start pukul 4 pagi, anjing2 depan umah aku mula menyalak, menyahut2. Mama, papa aku selalu terjaga pukul 3,4 pagi tiba2, and waktu ni la waktu paling sunyi and sejuk*


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Ada orang sinis kata hantu takde. Actually if u want dibuktikan dengan sudut sains, now ada major research tentang dunia ghaib, dorang panggil Quantum Theory, dengan satu falsafah, Reality is Illusion, so untuk yang ta pernah nampak hantu and ta percaya, bukan dorang ta exist, tapi just dorang belum dapat difahami,


so this is my story
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

1996, CHERAS, KUALA LUMPUR


Famili aku tinggal di Pangsapuri 4E, Blok 16 (berhampiran Sri Melaka). Kalau skang na pi sana, tak jauh pun dari Stesen LRT Cheras. Flat yang kami duduk agak hujung, terpencil, and time ni, area ni penuh dengan hutan dan lombong tinggal.


Aku kecil, darjah 1 atau 2 (ta ingat). Aku kena bangun awal pagi untuk ke sekolah, jauh kat Jalan Pasar. Tapi mama aku kena bangun lagi la awal untuk prepare barang2 aku ke sekolah.


Rupanya, ketika aku tengah nyenyak tidur, hari hari, mama aku dengar bunyi setan berlari bertempiaran, beberapa minit sebelum azan subuh.



Mama aku ta pernah citer kat aku. Tapi satu pagi, aku terjaga lebih awal, aku pi kacau mama aku tengah gosok baju aku. Tengah2 aku bising ajak mama aku sembang, tiba2 mama aku suh aku senyap dan pasang telinga.


"shh.. Izzat, dengar tak tu?"


Aku terkejut tiba tiba mama aku suruh senyap, aku cuba pasang telinga, tapi dah terlambat, bila aku berhenti bercakap, bunyi tu pun berhenti dan aku cuma dengar bunyi azan


"apa dier ma? azan ke?"


Aku ingat kan mama aku marah sebab aku bising time azan. Terus aku senyap subuh tu. Rupanya, ada bunyi lain mama aku dengar. Bunyi setan berlari? Macam mana?



Bila aku da besar baru mama aku citer dengan detail apa bunyi yang dier slalu dengar time subuh2 kat Cheras dulu.



Mama aku percaya itu bunyi setan sebab terlalu konsisten, hari hari, ta pernah miss, betul betul sebelum azan, akan ada bunyi seperti huru hara seolah olah penagih dadah yang tiba tiba ramai2 berlari ke sana sini mencari tempat pelindungan + bunyi ribuan burung tiba tiba terbang serentak,



dan bunyi tu dalam sayup2 tetapi sangat jelas. Mama aku kata bunyi tu selalu hilang sebelum sampai bilik aku, kemudian seminit dua, azan subuh berkumandang.



tapi selepas pindah dari Cheras, mama aku dah ta dengar lagi bunyi2 setan lari. Adakah area situ banyak setan?