As a guide for my friends and my readers to help them make a better choice in life
As as an encouragement to those who are destined to success in this business, and as warning to those who are not suitable
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Please read until end for better view ^^
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Well i da diperkenalkan dengan MLM sejak sekolah menengah lagi, so agak2 tahu baik buruk MLM, mcm macam sistem ini beroperasi, and ciri ciri orang yg sesuai buat bisnes MLM.
Ada orang kata MLM menipu, well pikir sendiri pas habis baca artikel ni. Bagi saya sistem MLM itu sendiri ta menipu cuma ianya sistem bisnes non-konvensional, terbalik dari sistem bisnes biasa.
Saya menyokong MLM ke? tak juga.. because i am not an MLM businessman, and because i know MLM ta sesuai utk saya
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
APA ITU MLM
MLM - Multi Level Marketing secara ringkasnya satu bentuk perniagaan di mana lebih banyak produk dijual, lebih banyak untung seseorang itu dapat.
+one of common phrases in mlm business: lagi rajin anda, lagi banyak usaha anda, lebih banyak duit anda dapat, ianya adil+
Macam mana tu? Well di dalam MLM, ada beberapa tahap yang boleh dicapai berdasarkan jumlah pembelian kita, lebih tinggi tahap kita lebih banyak keuntungan yang kita nikmati.
Kenapa pembelian? Because untuk buat bisnes, kita perlukan produk untuk dijual, so konsep dalam MLM, sebelum jual produk, kita kena ada produk itu dulu, so untuk ada produk tu, kita kena beli dulu.
So dari konsep ini la aliran wang dapat dijana.
Bila u yakinkan someone produk ini boleh beri keuntungan tinggi apabila dijual, someone itu first perlu beli produk dari anda, so now u have a regular customer, because each time dia nak jual produk dia, dia perlu beli dari anda.
Pembelian anda akan bertambah dan tahap anda secara tak langsung akan naik.
Sebab orang yang membeli produk dari anda akan ada regular customers nya sendiri, if more regular customers, orang tu need more products, so dia akan request from u to sell more products kat dia, and anda pun akan beli more products from ur supplier to support demand dari bawah.
Sebab orang yang membeli produk dari anda akan ada regular customers nya sendiri, if more regular customers, orang tu need more products, so dia akan request from u to sell more products kat dia, and anda pun akan beli more products from ur supplier to support demand dari bawah.
Bila tahap pembelian terkumpul anda sudah banyak, next time when anda jual produk, anda akan dapat more untung. Oh ya if anda pergi ke syarikat MLM, mereka akan cakap,
anda boleh dapat lebih banyak untung bila capai tahap ini, tapi untuk sampai tahap ni, anda perlu beli sebanyak ini, ya awak boleh beli untuk kegunaan awak sendiri tapi rugila, sebab disamping awak beli untuk kegunaan sendiri, awak akan dapat lebih untung banyak untuk jika anda perkenalkan produk ini kat orang lain.
Jika awal kenalkan produk ni kat orang len, anda dapat share kebaikan produk ni dengan orang yang awak sayang, awak dapat pakai untuk kegunaan sendiri dengan harga yang lebih murah disamping awak akan dapat keuntungan sampingan.
Why ta cukup if just beli utk kegunaan sendiri? my opinion because if pakai sendiri, they know, pembelian anda takkan bertambah, or one day, mungkin anda akan berhenti memakai produk ini, mungkin anda akan berhenti membeli produk ini, and when u stop, they lost one regular customer, ah ruginya
So itula pentingnya regular customers (atau bahasa pasarnya - downline) di dalam MLM, to create continuous demand of products, so that bila kita menjadi ahli business ni, kita akan ada secure income create by this continuous demand.
So ini la dia sistem bertingkat MLM.
And most MLM company takkan mengaku mereka menjalankan business MLM, disebabkan faktor penerimaan masyarakat Malaysia. So, mereka akan buat pelbagai cara untuk buktikan mereka bukan syarikat MLM, luckily disebabkan Malaysian pun tak berapa paham apa tu MLM, so mereka akan percaya apa yg syarikat ni cakap.
+one of common phrases in mlm business: kami bukan MLM, kalau MLM, anda kena cari downline anda sendiri selepas tu anda ditinggalkan mcm tu je, dalam MLM orang atas sentiasa untung, tapi di sini kita buat keje sama sama, and kita takkan kayakan orang atas, di sini kita kena sentiasa berusaha, tak buat apa apa takkan dapat apa apa, siapa yang rajin akan dapat lebih, kan adil tu+
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
KEBAIKAN MLM
Mari citer kebaikan dulu ^^
As it is a non conventional business system (later i akan cerita beza operasi konvensional and non konvensional business) kita tak perlu advertise produk kita di media, so it save cost.
And kita ta perlu susah susah pikir pasal branding or packaging, because semuanya company provide, and ta perlu pikir risiko jangka hayat untuk stok produk sebab mostly kita beli when kita nak jual.
And paling penting and paling syok, kita ta perlu ada kedai, pikir bayar sewa kedai, bil elektrik kedai, and pada masa yang sama duit sentiasa masuk kerana kita akan dapat banyak regular customers.
Bayangkan business di mana produk yang anda jual sentiasa ada pembeli, takyah risau apa musim, ur customers always there to buy product from u =D best kan
And because of bonus keuntungan yang dijanjikan, anda boleh dapat berbelas ribu pendapatan setiap bulan pada usia muda, 17 tahun pun ada (ya saya pernah tgk dengan mata saya sendiri, but i know how hard to get there) this kind of business growth very fast, you masuk hari ni, lagi 3 minggu anda boleh hidup senang, but you need determination. yes determination.
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
KEBURUKAN MLM
Well time untuk cerita keburukan. .
Bukan semua orang boleh buat business MLM (that is why i tulis guide ni - to warn orang yg ta sesuai and to encourage orang yg sesuai)
Walaupun ahli ahli MLM akan cakap semua orang boleh buat business ni, but trust me, not all can do
+one of common phrases in mlm business: trust yourself, tak susah nak ubah nasib sendiri, semua orang boleh buat business ni, yang membezakannya ialah keberanian, keberanian untuk mengambil peluang, percayala semua orang boleh buat, u just need to follow apa yang kami dah buat, and u akan dapat hasilnya+
Anda tak bebas untuk menjalankan bisnes dengan cara anda, anda tak boleh sesuka hati ubah harga produk, anda kena ikut aktiviti mingguan syarikat di mana cara anda tarik prospek (bakal customer) akan sentiasa menjadi cara yang sama tiap tiap minggu, forever, iaitu bawa pi perjumpaan mingguan syarikat.
As they always say in MLM, "just follow apa yang kami dah buat, kami akan tunjuk caranya"
You need determination, great focus on this business. Anda perlu menjadi lebih disiplin, sentiasa mematuhi masa jika anda nak berjaya dalam MLM.
Determination. . ya, mostly regular customers dalam MLM ialah orang yang rapat dengan kita.
First, because kita nak share kebaikan produk tu dengan orang yang rapat dengan kita, kita nak orang yang rapat dengan kita sentiasa guna produk tu disamping nikmati keuntungan sampingan. One of the great reasons why people join MLM because to help others.
Second because it is more easy to yakinkan orang yang rapat dengan kita because they already know us, and kita also percaya and kenal mereka, perasaan malu kita sedikit kurang berbanding orang yang tak kenal.
So risikonya, anda kemungkinan create satu jurang antara anda dengan orang sekeliling anda. Kadang kadang jurang ni dicipta oleh ahli MLM itu sendiri. Mereka akan rapat dengan prospek mereka, berbaik baik, tetapi apabila prospek (biasanya kawan) taknak join, ahli MLM ni akan kecewa (ye la banyak masa and tenaga habis kot pujuk kawan utk join), and mereka akan terus pujuk prospek, and prospek terus menolak maka ahli MLM menjadi kecewa. Kekecewaan ahli MLM akan buat prospek jadi tak selesa and malu untuk berjumpa ahli MLM ni tadi (even if they are kawan baik)
Mostly orang yang terlibat dengan MLM create satu perasaan takut orang di sekeliling mereka atau pandangan negatif terhadap mereka, ini kerana masyarakat Malaysia mempunyai pandangan yang salah terhadap MLM.
Siapa yang create pandangan salah ni?
Biasanya ahli MLM yang tamak dan tak sabar sabar nak dapat untung cepat sanggup guna apa saja cara untuk tarik regular customer.
Ahli MLM tamak akan sorok risiko, mengaburi mata prospek (bakal downline) dan hanya cerita part keuntungan duit sahaja. Mereka akan sentiasa push anda. Ahli MLM tamak akan sentiasa push prospek untuk join, bila prospek sudah join, mereka akan push ahli baru ni cari prospek.
Push, push and push. Mereka akan guna pelbagai taktik psikologi, biasanya mereka bertindak dalam kumpulan. Mereka akan keliling anda, ajak lepak sampai tengah malam, bila u letih ngantuk, mereka push.
First mereka akan cakap rugi tak join. Lebih ramai akan join nanti, so takkan nak tunggu lagi jadi orang bawah.
Second, bila anda still takmau, mereka akan cakap, kami akan bantu, kita buat keje sama sama.
Third, mereka akan yakinkan, tak susah nak senang, just follow. Tengok si minah ni (mereka akan tunjuk contoh seorang dua ahli yang berjaya yg tgh lepak sama sama skang tp duduk tempat lain) hidup senang tapi muda lagi. Taknak ke hidup senang macam dia?
Keempat, bila kita still ragu ragu, mereka akan touch about family kita, awak tak sayang parents awak? awak taknak senangkan hidup parents awak ke
*ini la satu keburukan utama MLM, when they start to attack u about ur parents*
awak tak sayang mak awak? awak sanggup ke biar bapa awak terus hidup susah?
Kelima, mereka akan cakap mereka kecewa dengan anda. Bayangkan kawan anda cakap "Aku kecewa dengan kau" mesti kita rasa tak sanggup nak bagi kawan kita sedih kecewa.
Mula mula mereka akan angkat kita, mereka cakap mereka nampak potensi kita. Bila kita takmau atau ragu ragu, mereka akan jadi sedih hingga cakap
"aku ingatkan kau boleh nampak peluang ni semua, tapi kau ego, kau taknak ubah nasib kau sendiri bila ada peluang, aku kecewa"
Lastly, bila anda still degil takmau, mereka tanpa rasa belas kasihan akan malukan anda.
Mereka akan malukan anda dengan bandingkan anda dengan someone yang lebih muda dari anda tapi sudah berjaya dalam hidup.
Mereka akan malukan anda dengan tunjuk keadaan anda sekarang yang selekeh, bawa moto buruk, asyik pinjam duit nak makan, kulit kusam, baju murah, sedangkan ahli MLM yang dah join sentiasa happy, baju mahal, muda muda dah ada kereta sendiri, tiap tiap minggu boleh hantar duit kat parents.
Keburukan yang paling besar MLM yang diamalkan di Malaysia ialah memaksa orang meminjam.
Cuba fikir, kenapa anda perlu biarkan diseksa 6 cara di atas sedangkan kalau anda join settle takkan kena push, sebab, untuk join, anda kena buat pembelian, untuk beli produk anda perlu duit, so untuk join anda perlu duit
And mereka tahu anda takde duit untuk join (because mereka pun macam tu juga dulu), and jujurnya mereka tak percayakan kesungguhan anda nak join jika anda just kata "nanti saya simpan duit ye" so mereka akan on the spot, paksa anda pinjam duit supaya boleh join dorang, secepat mungkin
Disebabkan mereka tahu anda takde duit la, mereka akan menyuruh anda cari kawan kawan anda, pinjam duit, pinjam dari mak bapak, pinjam dari adik beradik, dari ah long, sambil yakinkan anda akan dapat wang untuk bayar balik hutang anda.
+one of common phrases in mlm business: saya pun dulu nak join ni pinjam duit dari kawan kawan juga, tapi saya tahu, kali ni kalau saya pinjam saya akan dapat balas balik jasa mereka yang pinjamkan saya duit,
bisnes nak kena ada modal kan, so every businessman start their bisnes dengan buat loan kat bank untuk dapatkan modal because mereka takde duit tapi mereka nampak peluang bisnes mereka, sama la sini, anda ditawarkan satu peluang bisnes, so like every businessman, kita jangankan lepaskan peluang semata mata takde duit nak buat modal, usaha sikit, pinjam dari kawan kawan+
But again, i warn u, not all people boleh buat business MLM
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
ORANG YANG TAK SESUAI BUAT MLM
Orang yang enjoy kerja makan gaji atau selesa dengan kerja makan gaji.
Orang yang tidak berdisiplin, tidak dapat mematuhi masa, atau tidak suka terikat pada satu perkara.
Orang yang adventurous, suka try and error, orang yang suka tukar tukar kaedah atau mencuba kaedah baru dalam perniagaannya.
Orang yang tidak mempunyai keinginan untuk hidup mewah.
Orang yang tidak mahu mengikut cara orang lain. Suka buat kepala sendiri.
Orang yang suka buat kerja sorang sorang dan tak mahu bekerja dalam kumpulan.
Orang yang mempunyai prinsip yang bertentangan dengan kaedah MLM, contohnya tidak mahu jual barang barang kat kawan kawan atau famili, ataupun tidak mahu meminjam wang.
Orang yang percaya wang takkan menjamin kebahagiaan.
Orang yang tidak sanggup berkorban.
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
BAGAIMANA NAK BERJAYA DALAM MLM
Di dalam MLM, faktor yang paling penting ialah disiplin. Anda sangat sangat perlu mematuhi masa.
Trust me, anda boleh berjaya dalam MLM, and ianya tak salah untuk buat bisnes ni. And anda boleh dapat pendapatan lumayan, hanya jika anda...
Strong will, langsung tak ragu ragu tentang bisnes yang anda buat, tak ragu ragu tentang produk anda jual.
Anda fokus and sanggup ikut cara yang sama orang atas (supplier - upline) buat.
Sentiasa bekerja dalam kumpulan, bersama sama, ini bermakna sentiasa berkumpul dengan ahli kumpulan MLM anda (juga bermakna anda sanggup korbankan sesuatu di dalam hidup anda, maybe bestfriend or kekasih anda dengan mengurangkan waktu bersama si dia)
Sentiasa pergi perhimpunan mingguan untuk keep focus, untuk terus bermotivasi, motivasi sangat sangat penting dalam bisnes MLM. Dengan pergi perjumpaan/perhimpunan mingguan, anda bukan saje dapat kekalkan motivasi dengan melihat orang yang sudah berjaya, anda dapat perbaiki kemahiran bercakap, tambahkan keyakinan diri, berkongsi tips, di samping jika anda bawa prospek, lebih mudah anda yakinkan prospek sebab kawan kawan yang lain anda untuk tolong anda
Anda mempunyai target atau matlamat, anda mesti bercita cita tinggi, nak ada rumah besar, atau kereta mewah, atau hidup dengan bergaya. Mempunyai matlamat yang tinggi membantu anda mempunyai motivasi yang tinggi.
Because u always follow apa yg org lain buat, satu satunya perkara yang anda bebas buat sendiri, yang membezakan anda dengan ahli yang lain ialah prospek yang anda cari.
Anda perlu sentiasa kreatif mencari prospek, fahami siapa yg anda target, office worker? student? CEO? politician? celebrity? gadis remaja? setiap orang ada cara tersendiri untuk anda approach, ada cara tersendiri untuk mendapatkan keyakinan mereka, belajar tentang ini dari orang orang di atas yang sudah berjaya.
Jangan lupakan tuhan, jangan lupakan Allah. Sentiasa berserah kepada Allah, dan sentiasa mohon petunjukNya.
Sentiasa merancang jadual anda, merancang perbelanjaan anda. Sebarang masalah kecil mampu affect motivasi anda dan seterusnya prestasi anda. Bila motivasi anda jatuh, anda tak dapat yakinkan prospek.
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
BASIC SISTEM KONVENSIONAL BISNES AND MLM
Di dalam bisnes konvensional, aliran product dari producer ke pengguna ialah seperti ini
|Producer| -> |Wholesaler| -> |Retailer| -> |Pengguna|
Di dalam MLM, aliran product dari producer direct terus ke pengguna
|Producer| -> |Pengguna|
Tetapi boleh dikembangkan menjadi
|Producer| -> |Pengguna 1st| -> |Pengguna 2nd| -> |Pengguna terakhir|
Ok first part kita cerita aliran product. Ianya penting kerana dari sini kita dapat lihat kos yang perlu ditanggung dan mengapa harga produk menjadi sebegitu rupa, dan bagaimana produk dipasarkan.
Di dalam bisnes konvensional, aliran product dari producer ke pengguna ialah seperti ini
|Producer| -> |Wholesaler| -> |Retailer| -> |Pengguna|
Di dalam MLM, aliran product dari producer direct terus ke pengguna
|Producer| -> |Pengguna|
Tetapi boleh dikembangkan menjadi
|Producer| -> |Pengguna 1st| -> |Pengguna 2nd| -> |Pengguna terakhir|
Di dalam sistem konvensional, Wholesaler membeli produk dari Producer dengan harga yang murah tetapi menjual kepada Retailer dengan harga yang lebih tinggi kerana terpaksa menanggung kos penyimpanan, risiko produk rosak dan susut harga produk.
Kos promosi, penyediaan service kepada pengguna, peningkatan value product, dan memenuhi demand membolehkan Retailer menjual harga yang lebih tinggi kepada pengguna berbanding Wholesaler.
Retailing juga terpaksa menjual harga tinggi kerana Retailer menanggung risiko yang paling tinggi berbanding Wholesaler dan Producer.
|Producer (10% untung)| -> |Wholesaler (30% untung)| -> |Retailer (60% untung)| -> |Pengguna|
Pengguna menanggung kos yang dibawa dari Producer hingga ke Retailer, dan keuntungan menjadi semakin besar bermula dari Producer hingga ke Retailer seiring dengan risiko dan kos yang menjadi semakin tinggi.
Tetapi di dalam sistem MLM...
Ianya hanya terbalik dari sistem konvensional, kalau di dalam konvensional, keuntungan paling besar dinikmati oleh Retailer kerana risiko yang ditanggungnya paling besar, dan Producer memperoleh paling sikit keuntungan kerana tanggung paling sedikit risiko dan kos.
Di dalam MLM, producer memperoleh keuntungan paling tinggi diikuti lapisan seterusnya sehinggala lapisan pengguna kedua terakhir memperoleh paling sedikit untung. Ini kerana producer menanggung risiko yang paling tinggi.
|Producer (60% untung)| -> |Pengguna 1st (30% untung)| -> |Pengguna 2nd (10%)| -> |Pengguna terakhir|
Pengguna 1st yang memesan produk dari producer tidak perlu menanggung kos penyimpanan dan risiko penyimpanan kerana hanya memesan apabila mendapat permintaan dari pengguna 2nd. Tetapi producer sentiasa perlu menanggung risiko penyimpanan samaada ada permintaan atau tidak dari pengguna 1st.
Producer juga yang membungkus dan memberi jenama pada produk, disebabkan itu keuntungan paling tinggi dinikmati producer.
Harga product lebih mahal dari value sebenar product kerana, pengguna terakhir terpaksa menanggung kos keuntungan yang diagihkan dari pengguna terakhir hingga ke producer.
Harga sebenar product ialah RM3000 tetapi terpaksa dijual pada harga RM35,000 kerana mengambil kira kos kehilangan keuntungan yang diagihkan sebagai bonus kepada beberapa peringkat teratas ahli.
Dalam erti kata lain, untuk menanggung agihan bonus kepada ahli di peringkat atas, harga product terpaksa dijual dengan harga yang lebih mahal.
Kebaikan sistem ini ialah tiada promosi diperlukan dan kos operasi (sewa, utiliti - air, elektrik) juga tiada.
Product di dalam MLM juga biasanya bukan barang keperluan, tetapi demand for this product is created.
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
KESIMPULANNYA
Please know urself before ur decide anything. Kenali kemampuan anda. Anda lebih kenal diri anda berbanding orang lain. If u decide to join any MLM, keep focus, jangan buat sekerat jalan. jangan ragu ragu, if u main main, you'll lost lots of money, time and energy. If u tak sure nak join atau tak, ask urself,
AM I DISCIPLINE ENOUGH, CAN I KEEP FOCUS?
3 comments:
Aidib muaddib anyone ? Haha
aidib muaddib? =o mlm baru ke
oh jumpa da haha =D
well 2 org yg murtad MLM ckp benda yg sama so paham paham la
Post a Comment