28 November 2011

POKOK TERTUA, TERLEBAR, TERTINGGI, PALING SUNYI DAN PALING BERACUN

Idea ni dapat dari friend's entry, Pokok Ohsem (klik utk ke blog dier), thanks to him, now I present, Ohsem and The Gang
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


METHUSELAH
The Oldest Tree


Tahun ni umur dier 4842 tahun! Pokok tertua dunia ni hidup pada ketinggian 2900-3000m dari paras laut di Inyo National Forest, timur California. Kedudukan sebenarnya dirahsiakan untuk mengelak orang mai menurun minta nombor ekor kat pokok ni.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

GREAT BANYAN
The Widest Tree


Korang tengok pic atas, itu sebenarnya SATU POKOK JE. Ok ukur lilit crown pokok ni dah 1km+, area keseluruhan pokok 14,500 meter persegi (1.5 hektar).


Yang korang nampak macam batang pokok ni sebenarnya DAHAN-DAHAN pokok ni. Batang pokok yang asal dah reput dan dibuang pada tahun 1925. Skang ada 3300 aerial roots yang mencecah tanah seperti yang korang lihat ni.


Oh lupa, pokok ni hidup di Acharya Jagadish Chandra Bose Indian Botanic Garden, Howrah,berhampiran Kolkata, India, fuh~

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

TREE OF TÉNÉRÉ
The Loneliest Tree


Image : Peter Krohn

Bayangkan betapa sunyinya pokok ni sebab takde pokok lain sepanjang 400 kilometer sekeliling dier. Berada di selatan gurun Sahara, dan salah satu pokok (daripada dua) yang keluar peta sebagai penanda jalan.


Tahun 1973, pokok ni MATI DILANGGAR oleh seorang pemandu lori yang mabuk. ( O_o what? kawasan lapang kemain luas, last2 atas pokok ni juga ko nak lalu eh). Maka tamatla kesunyian pokok ni.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

MANCHINEEL
The Deadliest Tree


Getah dier sah sah la boleh membunuh, tapi yg ganasnya bila bakar daun pokok ni, ASAP DIER KENA MATA TERUS BUTA. 

Kalau hujan, jangan ler berteduh bawah pokok ni. Walau setitis air hujan yang jatuh dari pokok ni dah cukup buat kulit kamu MENGGELEMBUNG (wiki bgtau).


Ok tengok buah Manchineel ni pula, bau dier sedap wangi, and rasanya manis ( O_o how they know? ) tapi SEBIJI buah ni ada racun yang CUKUP UNTUK MEMBUNUH 20 ORANG. (booo bomoh santau)

Rasa sikit dengan lidah =p pun dah boleh buat tekak kamu membengkak (mati tercekik nafas ler kamu). Pokok ni banyak kat Kepulauan Caribbean dan South America (yeay takde kat Malaysia)

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

HYPERION
The Tallest Tree


Pokok setinggi 115.61m ni terletak di California Utara. In my friend's blog dah terangkan banyak pasal pokok ni, hehe I just nak show perbandingan (in picture) tinggi mana pokok ni.


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Thanks for read and thanks for the resources


8 comments:

Ahmad Haziq Azlan said...

salam perak aman jaya
:)


kecik je pokok tu...

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

=D haha pokok mana kecik

yuyune said...

ouhh. ohsem :)

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

haha who, saya ke? =D

I wong (依之汉) said...

Ynag minta no tu aku setuju. Nanti ada pula orang buat tokong kat situ. LoL

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

Kan =D bomoh red indian pun bukan leh caye

YOUsoF said...

SubhanAllah.. Allah maha kuasa..



Pokok 1st tu boleh tahan brutal kan, panjang umur dia.. ;D

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

^^ huhu kalau la pkok tua tu boleh bercakap mesti banyak benda dier boleh cerita kat kiter