27 October 2011

PANGKOR ISLAND, MY HOMETOWN

Ku biarkan gambar menceritakan segalanya...






I love my family ^^

09 October 2011

FOOD QUEST VI - BEST and WORST

Baru baru ni I banyak kuar jalan2 so banyak kali gak la I makan kat luar, so mari kita tinjau, start from ~THE BEST~





DELIFRANCE'S BEEF LASAGNA
Jusco Seremban 2





Ah lasagna, I actually takut nak makan lasagna, takut cemuih, maksudnya muak, muak dengan keju.



LUCKY FOR ME, LASAGNA NI SANGAT SEDAP. I can taste kepingan daging dier, and kuah keju dier sedap tak dull, and paling penting I TIDAK muak langsung makan lasagna di sini.  
Daging yg dilapisi pasta dan disaluti keju - So best~!

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~



DELIFRANCE'S SPAGHETTI BOLOGNAISE
Jusco Seremban 2





Sos bolognaise dier sedap. Walaupun sos tu dituang penuh atas spaghetti, kita still boleh rasa spaghetti tu, maknanya balance and tak muak. Tekstur cebisan cebisan daging dapat dirasai. Sedap!



Sos daging panas yang menyaluti setiap helaian spaghetti dengan 2 cebisan roti perancis yang rangup - So best~!

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~



CHAR KUEH TEOW KERANG
Belakang Stesen Petronas Cheras





Kuah sedap, pedas, berperisa, ada manis-manis seafood, and tak masin sgt and kerang dier agak banyak. Hanyir-hanyir bau kerang menambah lagi kesedapan charkuehteow ni.



Well selain dari negeri-negeri utara, susah nak jumpa char kuew teow sedap, tapi for me kalau di KL, this char kueh teow Sedap, Pedas Terangkat, dan Kemanisan Kerang yang Sebati dengan Kuah dan Mi - So best~!

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~



MI GORENG MAMAK
Restoran Al-Firdaus, Linggi





Di Linggi, Negeri Sembilan, mee ni boleh diangkat sebagai One of The Best, cebisan telur yang menyaluti mee tidak terlalu masin, sedap, dan mee tidak terlalu kering.



Mee goreng sedap, cebisan telur menaikkan rasa mee tapi tidak terlalu masin. Kueh di dalam mee sangat sedap dan lembut bila digigit. Lauk banyak - So best~!

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~



Ok skang mari kita tengok - THE WORST




NASI GORENG PATTAYA
Food Court Pudu Sentral (terlupa nama kedai)





Ok nasi goreng ni biasa je, tapi lauk boleh tahan banyak. Ayam dier rasa macam roasted chicken nasi ayam so ok la. Telur dier nipis and sedap, sup dier rasa len macam sikit tapi sesuai dengan rasa nasi...cuma



 CUMA HARGA DIER MAHAL~! RM6.50 - TAK BERBALOI

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~



NASI GORENG THAI
Food Court Padang, Serdang (lupa nama kedai gak)





Ok first nak cakap best pasal nasi ni ialah lauk ayam dier, perggh ayam goreng kunyit TERBAIK seumur hidup ku... TAPI sayangnya nasi dier antara The WORST pernah aku makan.



Nasi goreng dier dah la berkerak, kerak keras, and berminyak, terlampau banyak minyak. Serius seksa aku makan. SYUKUR lauk ayam goreng kunyit dalam nasi goreng ni sangat sangat heaven sedap dier





Lauk ayam goreng dier sedap ni, lembut, rasa dier uummph TERBAIK



~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~



SEKIAN LAPORAN SAYA, TERIMA KASIH




28 September 2011

FAKTA LIVESTOCK DARI ANIMAL SAINTIS 2

Tanpa pengetahuan Livestock, manusia takkan survive. So ini siri kedua fakta menarik dari Livestock Industry.



1) CARA PERAH SUSU LEMBU

Dulu aku ingat susu lembu diperah dengan cara picit dan tarik puting lembu ke bawah (alaa macam nak squeeze sos cili dari botol)

Rupanya aku salah~!





Cara yang betul ialah first ibu jari mengenakan tekanan di bahagian atas puting (tekan untuk taknak bg susu naik ke atas).

Pastu satu per satu jari tekan puting start dari paling atas ke bawah.








2) AYAM BETINA BERTELUR PERLU JANTAN ATAU TAK?

TAK, ayam betina akan mula bertelur ketika umur dier kira-kira 18 minggu walaupun tanpa ayam jantan.

Habis apa guna ayam jantan?



Ayam jantan gunanya untuk hasilkan TELUR YANG ADA ANAK, kalau takde ayam jantan, ayam betina akan bertelur telur yg tak bernyawa mcm yg kita beli kat kedai runcit tu.







3) FLIGHT ZONE DAN POINT OF BALANCE

Kalau ada diberi tugas untuk mengembala lembu (atau kerbau atau kambing), macam mana anda nak halau sekawan lembu bergerak dari padang ragut ke kandang? 


Jerit WAH WAH? Pukul dengan kayu? Buat buat macam kejar?


Sebenarnya ianya mudah tanpa perlu pukul atau jerit kat lembu tu, jika anda memahami FLIGHT ZONE dan POINT OF BALANCE


Picture dari www.grandin.com


Kaedah ini ditemui oleh Prof. Temple Grandin (dia dinobatkan sebagai hero kerana jasa di dalam bidang Animal Science dan Autism). Haiwan ternakan akan BERTINDAK BALAS bila ada manusia masuk Flight Zone dia. 

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

( i ) Kalau ada manusia berdiri depan dier DI LUAR FLIGHT ZONE
-Haiwan ternakan itu akan duduk diam tenung muka kita

( ii ) Kalau ada manusia MASUK FLIGHT ZONE dier
-Haiwan ternakan itu akan pusing menjauhi manusia tu

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Menurut Temple Grandin, makin liar atau ganas seseekor haiwan ternakan tu makin besar FLIGHT ZONE dia


Haiwan jinak takde Flight Zone. So kita boleh datang dekat haiwan ni dan usap2 main dengan dia.


Picture ambil dari www.grandin.com


So macam mana nak guna Flight Zone untuk halau lembu?

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

( i ) Kena tau POINT OF BALANCE, terletak di bahu haiwan ternakan

( ii ) Bila farmer berjalan dari arah depan lembu MELINTASI Point of Balance, lembu itu akan gerak arah bertentangan dengan farmer

( iii ) Kalau farmer datang dari belakang lembu, lembu tu akan stop atau makin slow berjalan

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

3 pictures di atas pun ambil dari www.grandin.com




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~



HEHE THANKS FOR READ ^^








25 September 2011

FOOD QUEST 5 - DULL LOOK, HEAVENLY TASTE

Well berbeza dengan previous parts, kali ni mungkin rupa makanan tu tak mampu buat anda rasa berselera, tetapi the fact that foods di bawah sangat sedap cannot be deny by their look, so lets layan ;D


+NASI UNCLE ARAB & AYAM GOLEK+
KAFE SERUMPUN UPM



At first i thought specialnya kedai ni ada ayam golek panggang berapi, tapi rupanya yang paling sedap kat kedai ni ialah NASI dier



I boleh cakap nasi dier ialah yang paling sedap pernah aku rasa kat kedai makan, TAK TERLALU LEMBUT, TAK TERLALU KERING, TAKDE KERAK, DAN SEBATI



and in every bite I boleh rasa kemanisan ayam tu keluar dari nasi dan cairkan nasi tu dengan rasa ayam (and I belum lagi gigit ayam dier)



Ayam golek panggang berapi dier lak OK lah, perencah dier terasa sampai daging putih di dalam, dimasak tak hangus, but Nasi dier mang CHAMPION

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


+SPRINGY NOODLE WITH BEEF PASTRAMI+
NOODLE STATION MIDVALLEY



Haha tengok rupa dia memang dull super super dull la, tak berseri. TAPI bila masuk mulut, uhh SEDAP AND SEDAP.




Lauk dier daging pastrami dan cendawan dan dua lauk ni memang menaikkan rasa megi ni (yup ia hanyalah megi tapi megi yang sangat sangat special).




Dua lauk ini bagi sedikit tekstur kenyal2 liat yang sebati dengan megi yang lembut2 ni. Megi dia penuh dengan rasa cheese tapi tak muak bila makan, really balance.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


+NASI GORENG SPECIAL+
WARUNG CARWASH (PENCAWANG UPM)



Specialnya nasi goreng special ni ialah lauk dier. Tengokla pic tu, ada karipap and segala macam lauk, ada sotong, udang, ayam, daging, telur, segala galanya lah =D

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


+Auntie Anne's Pretzel+
Spoiling Malaysian Dinner since 1996



Atas ni pretzel with parmesan cheese.




Before I citer sedikit history dan kepercayaan tentang makan pretzel, I nak citer tentang taste dier. Pretzel Auntie Anne memang sedap! A God's Gift to human




Aroma dier aje dah boleh buat mulut korang rasa nak mengunyah sesuatu, bila korang gigit je pretzel ni, Ya Allah, I almost floating. 




Pretzel ada rasa ala ala roti toast yang ada butter dan salt yang cukup2 je masin. Tak tawar dan tak over masin.




Berbeza dengan Toast, Pretzel dier ada sikit2 liat, sikit2 lembut, sikit rangup. I susah nak terangkan rasa dier. My favourite Auntie Anne's pretzel is Pretzel with Sour Cream and Onion (ta sempat gambar dah habis). Bawah ni pretzel with coklat.






Ok mengikut kepercayaan team FOM (Free Our Mind), orang Islam takleh makan pretzel sebab ni makanan tradisi orang Kristian. 3 holes kat pretzel melambangkan Trinity Kristian. 




Well sama macam kita makan kurma untuk dapat berkat di bulan Ramadhan, orang putih dulu dulu percaya makan pretzel membawa berkat. Pretzel juga melambangkan simpulan kasih yang kekal selamanya.




Ok itu cerita tahun 1500, seratus tahun kemudian, kerana kecuaian seorang anak murid tukang roti yang tertido time tgh bakar pretzel, pretzel dier terlebih masak, MAKA TERCIPTALAH.... Hard Pretzel iaitu Pretzel moden




But for me, bergantung pada niat and what u believe. Never state that pretzel is amalan agama Kristian, ianya hanyala BUDAYA masyarakat Kristian 500 tahun dulu. Well  sama macam amalan beri duit raya also BUDAYA yang orang Melayu ceduk.


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

OK SEE U ALL LATER