09 December 2011

Review Novel~! : Count to Ten

Count to ten... and go to hell

Si pendendam mula membakar seorang demi seorang mangsanya, kenapa? Please, someone.. stop him!




1
Aku sangat suka buku ni! Sebab ayat dier mudah paham, takde penerangan yg terlampau detail (dpt baca dgn laju and bebas membayangkan mengikut cita rasa sendiri)


2
Korang mungkin dapat teka siapa penjahat sebenar, tapi korang takkan dapat teka kenapa dia jadi jahat, kalau dapat teka pun korang takkan tahu who is next...


3
Setiap watak dalam citer ni sangat unik dengan karekter masing-masing (tak kira la watak utama, orang jahat, watak tepi jalan, mangsa) dan cara dorang berpikir dan bercakap pun berbeza


4
Korang akan suka citer ni kalau korang suka CSI, dengan sedikit unsur cerita Taken.


5
Cara Karen Rose tulis dialog2 buku ni buatkan kita rasa macam kita ni betul betul kat crime scene and sebahagian dari team polis tu.


6
Prologue buku ni psiko! Korang terasa macam fikiran orang jahat tu fikiran korang sebenar. Yup Karen Rose akan bawa korang menyelami perasaan setiap watak dalam buku dia ni


7
Ada part jiwang =D banyak wo part romantik sweet sweet, and ending dier pun sangat sweeet happily ever after


8
Memainkan isu tentang anak-anak yatim di rumah kebajikan dan adakah seorang itu menjadi jahat kerana cara dibesarkan, atau sememangnya manusia jahat itu dilahirkan jahat


9
My favourite of course, kisah ahli bomba! =D Yup bomba sangat hero dalam buku ni. Buku ni bagitau apa jadi after bomba padamkan kebakaran, macam mana depa leh tau punca kebakaran... yeah so nice


10
Yang tak bestnya buku ni satu je, Karen Rose suka sgt gunakan word frown, sikit-sikit frowned, sikit-sikit frowned, rimas pun ada, seolah-olah itu je perkataan yang boleh melambangkan tak puas hati



picture frown - dapat dari Google




Hihi apa pun, buku ni memang sangat nice, wajib beli untuk sesiapa yg suka genre crime

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Karekter Reed Solliday dalam buku ni macam karekter aku la =p

0 comments: