29 July 2011

3 TEKA TEKI YANG AGAK SUSAH - PART II

Jawapan teka teki ada kat bahagian komen ~(^_^)~ sila pikir 2-3 kali, good luck~!



~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Teka Teki 1 

Mary naik ke atas bangunan tinggiii, 20 tingkat, bila dah sampai tingkat paling atas tiba tiba Mary terjun dari bangunan tu, terjun sampai ke bawah, tapi nape Mary tak mati?

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~




 ~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Teka Teki 2

Siapakah manusia yang tak mati, tak mandi, tak makan, dan tak tidur?

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Teka teki 3

Mulut bertemu mulut, jari bermain lubang.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~







[Pictures from Vampire Wars - Facebook Game]





28 July 2011

Review Novel~! : Mafia Princess

Ciao bella, ciao tesora

Novel tentang kisah benar kehidupan seorang Puteri Keluarga Mafia yang paling ditakuti di Italy, Calabrian Family. Siapakah gadis ini?







Don't worry, saya tak letak spoiler.

Marisa di Giovine, anak kepada seorang lelaki kacak yang bernama Emilio di Giovine, dibesarkan dengan penuh kasih sayang ibunya tetapi sering merindui abahnya.




Ibu dengan abahnya dah berpisah. Kerana masih kecil, dia tidak mengerti apa apa, yang dia tahu, dia sangat sangat rindukan abahnya yang penyayang dan penuh charming tu.


Oleh sebab itu apabila ibunya, Pat Riley (ibu dier British), cakap "Jom balik kampung Italy, jumpa abah ko" Marisa sangat-sangat happy. Yup dia rindukan pelukan dan suara manja abahnya, dia rindukan kehangatan kasih sayang neneknya, dan rindukan suasana riuh rendah sepupu-sepupunya di Italy.


Apabila sudah dewasa, dia ingin tinggal di Italy kerana nak luangkan lebih masa dengan abahnya. TETAPI ibunya melarang, kata ibunya UK lebih baik dan lebih tenang. 




Tapi Marisa ta nak suasana tenang di UK, terlalu boring. Tapi apa yang dia taktau ialah ibunya cuba melindungi hakikat siapa sebenar abahnya dari pengetahuannya. Bila dia lari dari rumah dan tinggal di Italy barulah dia tahu siapa sebenar abahnya, dan neneknya.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


Apakah yang akan Marisa lakukan selepas tahu perkara sebenar?


Adakah dia mewarisi perniagaan keluarga Mafia dari abahnya?


atau Adakah dia akan melarikan diri?


Adakah dia akan mengulangi kesilapan yang sama ibunya pernah lakukan dulu, terperangkap di dalam cinta?

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


-Well bagi saya, buku ini WAJIB ada untuk sesiapa yang minat mafia, atau citer Godfather, sebab ini ialah sejarah sebenar dunia mafia bukan sahaja di Italy, tetapi di seluruh dunia termasuk la Amerika





25 July 2011

Review Novel~! : Time Traveler's Wife

~It's all about fate~


Well seperti tema buku ni, pertemuan pertama aku dengan buku ni pun sudah ditakdirkan dengan cantik. Kawan aku tiba tiba ajak aku singgah bookstore The Mines (tiba tiba je), then round2 satu kedai, then tiba2 berhenti lama di satu area... di mana area ni la buku ni ada. Terus mata lock kat cover buku ni.






Macam mana kalau korang tiba tiba pergi ke masa silam dan terjumpa isteri korang time kecik2 baru umur 6 tahun?



Don't worry, aku takkan letak spoiler.



Ok, apa yang best tentang buku ni. ~(^_^)~ BUKU NI SANGAT ROMANTIK. Pasangan buku ni macam pasangan bercinta jarak jauh, si dia setia menunggu kekasih hati, si dia sangat merindui kekasih hati tetapi tetap sabar dan memahami




And then, satu lagi yang best tentang buku ni ialah, PENULIS NYA MEMANG GENIUS MENYUSUN KRONOLOGI DENGAN BEGITU CANTIK. Ini cerita tentang merentas masa. So cerita rentas masa ni kalau ta betul2 susun boleh buat pembaca konpius.




Tapi bestnya, Audrey Niffenegger dapat menyusun perjalanan masa satu persatu dari pandangan Henry bermula dari first time ditegur Clare di library sehingga dorang kawin, dan juga perjalanan masa satu persatu dari pandangan Clare dari first time dia jumpa Henry ketika dia berumur 6 tahun sampaila dorang kahwin.




Tengah tengah dier sedih, tapi luckily ending dier sangat indah ~(^_^)~ double indah




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~




Well I ada tanya my sweetheart, "Kalau la abang skang tiba tiba pi ke zaman ayang kecik kecik umur 6 tahun,  apa ayang time tu buat ye bila jumpa abang"


Then my sweetheart jawab "Ntah, ajak men masak masak kot"


Waaaah comelnya my sweetheart xD waaaaahh






21 July 2011

Ghost and I - My Real Story - PART V

*jam menunjukkan pukul 12.55am. Rumah aku skang baru je start sunyi sebab adik aku Ain yang bising tu baru nak pi tido. Tapi dulu masa duduk kampung, pukul 10malam lagi da sunyi bergelap*


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Ada orang sinis kata hantu takde. Actually if u want dibuktikan dengan sudut sains, now ada major research tentang dunia ghaib, dorang panggil Quantum Theory, dengan satu falsafah, Reality is Illusion, so untuk yang ta pernah nampak hantu and ta percaya, bukan dorang ta exist, tapi just dorang belum dapat difahami,


so this is my story
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

2001,  REMBAU, NEGERI SEMBILAN


Hampir pukul 1 pagi, rumah atuk sudah lama gelap. Pukul 10 malam kami kanak kanak tidak dibenarkan berjaga lagi, so time pukul satu ni aku, adik-adik dan anak-anak makteh da lama tido.



Tapi mama dengan makteh belum tido lagi. Dorang tengah syok tengok midnight movie. Movie kelakar. Atuk dengan Uwan (nenek) pun dah tido time ni.


+Tempat my mama and makteh tengok movie malam tu+



Tengah seronok seronok ketawa tiba tiba, pintu depan (jenis sliding door grill) ditarik. Ada orang buka pintu depan?? Mama pandang makteh, makteh pandang mama.



Makteh tanya kat mama, "Kan abah da check pintu semua dah kunci kan? Sapa kat luar?" Mama cuma jawab entah. Then dorang dua pakat untuk kejutkan atuk.


Pinjam pic dari http://angelsofourlife.blogspot.com


Puas la mama dengan makteh kejutkan atuk pi tengok. Atuk duk kata takde pape la, kucing langgar la. Makteh marah kata apa pula kucing langgar, ini bunyi pintu kena tarik, bukan pintu berdegang kena langgar





Uwan terjaga dan cakap mama dan makteh salah dengar. Tapi mama dan makteh sungguh sungguh cakap,


 "Betul ni,bunyi dier jelas, kuat, terang, ada orang tarik pintu tu!"


 Atuk merungut rungut kata kalau "kalau aku check pintu tu berkunci siap korang!"


+Nampak pintu sbelah kiri tu, itula pintu dier+  



Mama ngan makteh kata "Ala abah ni, pi check je pun, kalau perompak yang na masuk macam mana?"



Then atuk pun buka lampu luar rumah, then buka pintu kayu, sementara mama dan makteh duduk belakang atuk ketakutan... Dan selepas pintu kayu dibuka, atuk pun check pintu grill (sliding) tu, atuk pun tarik.




BERKUNCI, STILL BERKUNCI, TAKLEH TARIK




Atuk kata, "tengok, mana ada sapa tarik pintu ni hah, elok je berkunci hah". Mama pandang makteh, makteh pandang mama. 
Habis, bunyi pintu kena tarik tadi bunyi apa?