09 July 2012

SEBAB MELAKA LAH - AMERIKA DITEMUI DAN DAPAT NAMA



Ianya bermula apabila Ptolemy menulis buku Geographia pada kurun kedua masihi...


Peta Eropah, Afrika, Arab, Sri Lanka, Semenanjung Emas




Dalam buku tu Ptolemy bersajak tentang pelabuhan yang paling jauh pedagang Roman pernah singgah, iaitu Katigara...







...dan di hadapan Katigara ada teluk Magnus Sinus (sekarang Gulf of Thailand) dan Semenanjung Emas (Aurea Chersonesus - Semenanjung Tanah Melayu)




Semenanjung Emas dan di timurnya ada Magnus Sinus



Tapi, selepas beratus ratus ratus ratus tahun, peta Ptolemy mula diedit-edit terutama after Marco Polo pulang dari pengembaraan darat ke Timur dan jumpa Cathay (Cina)...







...dan bila Melaka mula maju, orang Eropah mula terdengar cerita-cerita khabar angin tentang negara legend bernama Melaka. Problemnya, dorang ingat Melaka tu kat tanah India!




"Kami taktau kat mana Melaka, rasanya area sini"



Tak caya tgk Peta Waldseemüller kat bawah, dikeluarkan pada April 1507, after Amerigo Vespucci pulang dari pengembaraan mencari Melaka (tapi Amerigo gagal jumpa Melaka), nampak, Melaka kat India?!




INDIA - yg bulat merah tu Melaka, bulat biru tu Katigara



So pada tahun 1485, Christopher Columbus mula mencari penaja untuk Pengembaraan Mencari Jalan Laut ke India Melalui Arah Barat dari Portugal, England, Genoa, Venice tapi semua menolak.



Peta yang Cristobal Colon (Christopher Columbus) guna



Tapi akhirnya Queen Isabella of Spain setuju untuk taja pengembaraan Columbus after suami Queen Isabella, King Ferdinand pujuk isteri tersayangnya itu. 







Christopher Columbus berani nak pi India ikut jalan Barat sebab dia ingat India dengan Eropah takde la jauh mana, tambahan pula, Toscanelli buat kiraan utk Columbus tahun 1482, mengesahkan,

"Cristo, tak mustahil utk ko jumpa Cathay, Zipangu, dan India kalau ko sailing straight ke barat daya Eropah, tak jauh pun"




Peta Toscanelli - tgk peta ni, mana ada Amerika




Tapi... tapi sebenarnya, sebenarnya Christopher Columbus taktau yang ada satu Benua Besar Giler ada kat tengah2 lautan sebelum dia jumpa India, Cathay (Cina), Zipangu (Jepun)





Benua Amerika yg hilang sepatutnya berada di sini



Maka, tanpa mengetahui dia dah silap kira, Christopher Columbus pun bertolak dari Palos de la Frontera, Spain pada petang 3 Ogos 1492.




Columbus di atas kapal Carrack nya yg bernama Santa Maria



Setelah 5 minggu berlayar, sampainya di daratan baru, Columbus begitu yakin dia dah sampai tanah India! Dia sangat sangat teruja kerana berjaya jejak kaki kat Tanah Asia (padahal situ sbnarnya Caribbean, benua Amerika). Christopher Columbus kata...




"Aku baca banyak kali novel Pengembaraan Marco Polo! Cuba korang tengok, tengok gunung tu, tengok laut ni, inilah Asia! Inilah Tanah India!"



Pada 15 Mac 1493, akhirnya Columbus pulang ke Spain, dan berita tentang pengembaraannya tersebar.



Christopher Columbus report discovery kat Queen Isabella


Tapi sepanjang pengembaraannya, Columbus masih tak jumpa Melaka, atau even Katigara yg disebut-sebut sejak zaman Ptolemy hidup, atau lombong emas Champa... 4 kali Columbus belayar menjelajah mencari Melaka... Tapi 4 kali dia gagal jumpa Melaka di Tanah India... kerana dia cari tempat yang salah... 



Satu hari di Jamaica, Caribbean, Columbus menulis, "Aku akhirnya sampai di tanah Cariay (area Costa Rica), dan aku dapat berita yang lombong emas Champa ada dekat-dekat sini... benda yang aku cari-cari selama ini"




Christopher Columbus meramal gerhana di Jamaica



Pada Penjelajahan Columbus ke India yang terakhir, 1502-1503, Columbus dah plan, selepas jumpa Champa, dia akan belayar sepanjang pantai Champa menuju ke selatan, sampai ke Katigara, belayar pusing tanjung Katigara untuk masuk ke teluk Sinus Magnus dan akhirnya menuju ke Melaka. Malangnya apa yang dia buat hanyala belayar di sepanjang pantai timur Amerika Selatan




Hingga ke akhir hayat Columbus percaya dia dah sampai India



Munculnya Businessman dari Firenze, Italy


Akhir kurun ke-15, Firenze (Florence) sebuah Bandar Saintis/Artis/Engineer, ditadbir oleh keluarga Medici.




Mac 1492, Medici Family menghantar Amerigo Vespucci jadi Agen Rahsia ke cawangan keluarga Medici di Cadiz, Spain. Keluarga Medici syak Pengurus cawangan mereka di Spain cuba cilok dorang




Amerigo Vespucci

Dipendekkan cerita, Vespucci berjaya dapat tender membekalkan daging untuk support Pengembaraan Columbus ke India.




Tahun 1499-1502, King Manuel I of Portugal, ajak Vespucci join adventure pi tanah India yang Columbus jumpa. After dua pengembaraan explore tanah area-area situ, Amerigo Vespucci cakap, INI BUKAN INDIA!!



*censored censored* haha* Vespucci sampai Amerika


Vespucci yakin orang-orang kat Tanah Baru tu langsung tak macam orang India yang Marco Polo cerita.


"Aku pun baca novel Marco Polo gak, orang-orang sini langsung tak macam orang Asia, orang India, atau orang Cathay. Aku tak rasa orang India bogel, makan daging orang, and kaler merah!"



Dengan mengambil pendapat Vespucci, dan peta-peta dari dulu hingga latest, dan ambil kira pengembaraan Marco Polo, Martin Waldseemüller melukis peta dunia Universalis Cosmographia pada tahun 1507






Inila peta pertama dunia yang ada nama Amerika (sempena nama Amerigo Vespucci yang claim tanah baru Columbus jumpa tu sebenarnya benua baru, bukan India). Yup akhirnya benua Amerika muncul di peta dunia!



"Lihat ni, nampak tak? Amerika!"



Tahun 1499
Amerigo Vespucci gagal/tak jumpa Tanjung Katigara. Dia belayar sepanjang pantai Venezuela, tapi still tak cukup yakin/info tentang sebarang jalan laut yg terus menuju ke Ptolemy's Sinus Magnus (Gulf of Thailand)



Tahun 1503-1504
Vespucci merancang Penjelajahan Mencari Melaka di India (padahal Melaka kat Semenanjung Emas), setelah dapat info dari salah sorang pilot Cabral's Fleet, yang baru pulang dari India pada May 1501.




  • Keep in mind that Vespucci dan Columbus cuba cari jalan ke India ikut jalan barat, tapi jalan ke India ikut Afrika dah lama ditemui (rujuk Vasco da Gama)

  • Walaupun Vasco da Gama jumpa jalan laut ke India, orang Eropah still taktau jalan nak pi Melaka, even dorang still confuse kat mana letaknya Melaka


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


~(^_^)~ So kesimpulannya sebab nak cari jalan ke Melaka, dunia baru, semangat pengembara mereka menolak mereka terus dan terus berjalan walaupun maklumat yang dorang ada terlalu sikit. So jangan takut, just terus maju ke hadapan!




[picture source]
+ google, wikipedia, http://shyamalavikas.blogspot.com/http://www.runawayjane.comhttp://visualnews.columnfivemedia.netdna-cdn.com +


3 comments:

nadira shahid said...

belajar sejarah dengan penulisan yang ringan. good job ^.^

Azham Vsvc said...

Wah...begini rupanya....rajin tulis psasl sejarah hehee!

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

@nadira shahid

haha ni tak cukup ringan, next entry lebih ringan, i promise =3


@azham well ^^ history is fun