05 December 2010

Tragedi Sebuah Persahabatan - Legenda Puteri Santubong



Kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ada banyak versi. Kali ini saya akan menceritakan kisah dua puteri kayangan ini dan kaitannya dengan kehidupan sebenar kita. ^^ Harap anda membaca penuh perasaan sehingga habis =)


My Favourite Version of Legenda Puteri Santubong




Puteri Santubong ialah puteri dari kayangan. Dia ada seorang adinda yang bernama Puteri Sejinjang.




Baginya, Puteri Sejinjang ialah sahabat karibnya. Banyak kenangan yang telah mereka lalui bersama ketika di kayangan. Puteri Santubong amat menyayangi adindanya.

Pada satu hari, di dunia manusia berlakunya pertelingkahan antara dua kampung. Maka ayahanda mereka,




Raja Kayangan menitahkan kedua-dua puterinya, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung ni.




Kedua puteri kayangan ini bukan sahaja jelita, tetapi anggun dan bijaksana. Mereka berdua berjaya mendamaikan dua kampung tersebut.

Selepas itu, orang-orang kampung merayu agar kedua-dua puteri ini terus menetap di bumi dan dengan berbesar hatinya Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang pun setuju. Semua orang gembira.

Puteri Santubong mengajar menenun kain dan Puteri Sejinjang suka mengasing sekam padi dengan aluk.




Pada suatu hari, Putera Serapi datang melawat kedua kampung tadi. Putera Serapi yang kacak dan cool ni berjaya menawan hati Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.

Akhirnya, Putera Serapi terpikat pada keanggunan Puteri Santubong. Maka bercintala Putera Serapi dan Puteri Santubong.




Percintaan Putera Serapi dan Puteri Santubong telah melukakan hati Puteri Sejinjang.




Puteri Sejinjang merasakan dirinya lebih lawa dari Puteri Santubong dan dia lebih berhak untuk memiliki Putera Serapi.

Maka, Puteri Sejinjang pun bersemuka la dengan kakandanya Puteri Santubong untuk menyatakan hasrat di hatinya untuk memiliki Putera Serapi.

Puteri Santubong pun menangis.




Dia takmau kehilangan satu-satunya sahabat karibnya, adindanya sendiri. Tetapi dia juga tidak sanggup kehilangan lelaki yang dicintainya.

Puteri Santubong dalam dilema, dia tidak mahu kehilangan kedua-duanya.
Dua-dua penting, sama sama penting.




Tetapi Putera Serapi hanya mencintai Puteri Santubong. Putera Serapi tidak mencintai Puteri Sejinjang. Jadi Putera Serapi memujuk Puteri Sejinjang agar mencari jejaka lain yang lebih baik darinya.

Lalu Puteri Sejinjang berasa sangat marah terhadap Puteri Santubong.




Mana boleh macam ni. Kakandanya tak paham ke yang dia amat mencintai Putera Serapi. Apa salahnya mengalah pada adindanya sendiri.

Lalu dia menyerang Puteri Santubong. Puteri Sejinjang mengutuk Puteri Santubong tak sedar diri. Puteri Sejinjang kata dirinya lebih cantik, lebih padan dengan Putera Serapi.

Puteri Santubong pun berasa terhina dengan kutukan Puteri Sejinjang. Maka Puteri Santubong pun mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya lebih baik jika nak dibandingkan dengan Puteri Sejinjang




Puteri Santubong menjerit kata "Adakah adinda tidak terpikir perasaan kanda?? Ingat kanda penting diri sangat ke? Kanda sayang adinda tau tak!"

 Kalau boleh, apa saja kehendak adindanya dia mahu tunaikan. Dia sayang Puteri Sejinjang. Puteri Sejinjang satu-satunya sahabat baiknya.





Tapi dia perlu pikir perasaan Putera Serapi. Putera Serapi hanya cintakan Puteri Santubong. Ini hakikat yang perlu Puteri Sejinjang terima.

Puteri Sejinjang yang berasa sangat tertekan dan marah tiba tiba menghayun aluknya menghentam pipi Puteri Santubong.




Dengan kekuatan terakhir, Puteri Santubong menikam belida di kepala Puteri Sejinjang.

Akhirnya kedua-dua puteri tersungkur.




Perbalahan mereka berdua telah mencetuskan kemarahan ayahanda mereka.




Maka Raja Kayangan pun menjatuhkan sumpahan kayangan ke atas mereka berdua.

Puteri Santubong disumpah menjadi gunung dan Puteri Sejinjang disumpah menjadi pulau yang bertaburan.




Tinggalla Putera Serapi keseorangan...





Ok ok, motif post kali ini. Cerita ini ditujukan khas untuk mengingatkan anda semua tentang kasih seorang sahabat. Hargaila sahabat anda.



 Please luahkan apa perasaan anda, susah hati anda, kegembiraan anda pada sahabat anda kalau sayangkan dia. 

JANGAN BIARKAN DIA TERTANYA TANYA APA DAH JADI DENGAN ANDA. JANGAN BIARKAN DIA BERSENDIRIAN.



And perkara biasa untuk dua sahabat bergaduh. Tapi bila bergaduh, fokus pada perkara baik dia. 

Perbezaan pendapat ialah perkara biasa, tapi janganla kerana satu perbezaan pendapat, kita menolak semua yang dia kata.



"Persahabatan yang sejati walau gaduh camne pun pasti berbaik semula.. sebab kasih and sayang and kenangan yang dorang lalui bersama akan buatkan dorang berkawan semula"



~(^_^)~ akhir kata, sayangila orang yang menghargai awak



Lagu Puteri Santubong









[Gambar diambil dari]


[and sorry i x dapat cari owner link pada pic-pic lain]

and ada juga gambar yang diambil hakcipta 
square-enix dan blizzard

[thanks ~(^_^)~]

3 comments:

^^ said...

owhh, tamau jadi cmtuh tamau tamau :(

^^ said...

owhh, tamau jadi cmtuh tamau tamau :(

yusrayunus said...

follow me back
www.yusrasuperstar.blogspot.com