20 July 2011

FAKTA LIVESTOCK DARI ANIMAL SAINTIS

Tanpa pengetahuan Livestock, manusia takkan survive. So ini fakta fakta menarik Livestock Industry.




1) BEZA PALING JELAS ANTARA KAMBING DAN BIRIBIRI

Bulu? Haha bukan

 Sebab ada gak kambing berbulu tebal macam biribiri, dan ada juga biribiri takde bulu tebal

So apa dia bezanya, jawapannya, EKORnya




Kambing punya ekor menghala ke atas (tidak menutup lubang punggung), sedangkan biri-biri lebih pemalu, ekor biri-biri menutup lubang punggung mereka.


This sheep picture from Wikipedia

Tengok, biri-biri atas takde bulu tebal pun ;D


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


2) KURANG 42 HARI UMUR AYAM AYAM DI PASAR

Start first day menetas dari telur, sampaila ayam tu disembelih untuk dijual, cuma 42 hari je jangka hayatnya.

 Sesetengah ladang, ayam pedaging hanya perlukan 5 minggu untuk ayam tu membesar sehingga boleh dijual di pasar (average weight 2.5kg per bird)




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


3) DAGING PALING MAHAL DI DUNIA - KOBE / WAGYU BEEF

Daging yang sangat lembut manis, bila gigit rasa juicy sangat sangat kerana tahap marbling yang sangat tinggi.

Harganya, kalau ta salah RM100++ hanya utk 100gram sahaja


This kobe beef picture from Wikipedia

Kobe dan Wagyu beef actually dua dua datang dari baka lembu Wagyu, cuma bezanya, term Kobe Beef khas hanya untuk daging lembu wagyu baka Tajima-ushi black, yang hanya dibesarkan secara tradisional di Hyogo Prefecture.


Wagyu beef pula untuk lembu yang sama tapi dibesarkan di luar kawasan khas tu dan dibesarkan bukan secara tradisional. Tradisional maknanya diberi minum Sake (arak jepun) dan di massage.


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


4) RUSA - HAIWAN PEMALU TETAPI PALING GANAS

Rusa sangat pemalu. Rusa ladang pun akan berada 'sebatu' jauhnya dari orang. Time bagi makan, bila orang dah jauh baru la dorang datang makan. Tetapi....




Tetapi dorang haiwan ternakan paling ganas. Antara kelengkapan wajib kat ladang rusa ialah PERISAI untuk elakkan badan kita dikoyakkan dan BILIK GELAP khas untuk tenteramkan mereka. Tgk pic bawah ni...




Ini pic saya dan kawan kawan tengah bergelut untuk tagging telinga baby Rusa Timor ni, kalau tak hati hati handle boleh pecah kepala lutut kena sondol baby rusa.


Dalam bilik gelap tu, saya tengok la dinding, setinggi 2+ meter ada kesan dicalit tanah. Brader ladang ni kata, itula tinggi rusa dewasa boleh melompat. So imagine, dalam bilik gelap ni, rusa seberat 100kg melompat setinggi 2 meter, can u handle that


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


5) LAGI FAKTA TENTANG RUSA TIMOR

Tanduk rusa kalau dipotong sentiasa boleh tumbuh balik.



Bunyi rusa sebijik macam bunyi itik mainan kaler kuning di bawah.


Picture from http://www.littlewhiz.com/pd-tolo-bath-duck.cfm

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~



MORE PICS TENTANG ANIMAL SCIENCE DI SINI

+Suka Duka Animal Science Students+






7 comments:

Raja Syakirah Raja Omar said...

Ya Rabbi!! you're my senior lahhh
=D

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

:D what??

Amir Khairuddin said...

nice...haha

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

tengkiu :D

Halimatun Sa'adiah said...

suke info ni..
study pasal binatang ni ke??

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

a'ah, study mcm mana nak manage binatang


:D so kena kenal perangai binatang

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

glad u like it ;)