Pada satu hari seorang lelaki dari Serdang pi Pusat Kesihatan Universiti sebab selesema dan sakit tekak.
Dalam fikiran lelaki itu, dier dapat Strepsil free dari Pusat Kesihatan Universiti. Dier dah berangan angan hisap gula-gula angin (ubat sakit tekak) yang doktor bagi.
Dier bayangkan ubat dier seperti gambar di atas, tetapi bila dier tengok dalam bungkusan plastik (yang dier duk pegang dari tadi)... ubat dier seperti gambar di bawah
Walaupun packaging ubat ni nampak macam gula-gula RM1 kat mini market, tapi dier yakin doktor takkan tipu dier. So dier pun ambil la satu biji... dan hisap.
"Apa ni... takde rasa berangin pun... ini bukan ubat sakit tekak ni," fikir lelaki tersebut.
"Doktor tipu aku la.. dier bagi gula-gula biasa je.. aku nak Strepsil!" marah lelaki tersebut
Ya, ubat yang lelaki tu tgh hisap tak memberikan sebarang rasa sejuk or berangin, hanya manis. Tetapi makin lama lelaki tu hisap makin pelik rasa permukaan lidah dier
"LIDAH AKU KEBAS!!"
Dengan cepat lelaki itu pi tengok packaging ubat tu dan tengok ramuannya.
Sampai je bilik, lelaki ni cepat-cepat search Google apa itu Benzydamine Hydrochloride!
+
+
+
+
rupanya...
Benzydamine Hydrochloride ialah sejenis anaesthetic...
+
+
+
+
Anaesthetic ialah...
PELALI/UBAT BIUS
wow!