28 July 2011

Review Novel~! : Mafia Princess

Ciao bella, ciao tesora

Novel tentang kisah benar kehidupan seorang Puteri Keluarga Mafia yang paling ditakuti di Italy, Calabrian Family. Siapakah gadis ini?







Don't worry, saya tak letak spoiler.

Marisa di Giovine, anak kepada seorang lelaki kacak yang bernama Emilio di Giovine, dibesarkan dengan penuh kasih sayang ibunya tetapi sering merindui abahnya.




Ibu dengan abahnya dah berpisah. Kerana masih kecil, dia tidak mengerti apa apa, yang dia tahu, dia sangat sangat rindukan abahnya yang penyayang dan penuh charming tu.


Oleh sebab itu apabila ibunya, Pat Riley (ibu dier British), cakap "Jom balik kampung Italy, jumpa abah ko" Marisa sangat-sangat happy. Yup dia rindukan pelukan dan suara manja abahnya, dia rindukan kehangatan kasih sayang neneknya, dan rindukan suasana riuh rendah sepupu-sepupunya di Italy.


Apabila sudah dewasa, dia ingin tinggal di Italy kerana nak luangkan lebih masa dengan abahnya. TETAPI ibunya melarang, kata ibunya UK lebih baik dan lebih tenang. 




Tapi Marisa ta nak suasana tenang di UK, terlalu boring. Tapi apa yang dia taktau ialah ibunya cuba melindungi hakikat siapa sebenar abahnya dari pengetahuannya. Bila dia lari dari rumah dan tinggal di Italy barulah dia tahu siapa sebenar abahnya, dan neneknya.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


Apakah yang akan Marisa lakukan selepas tahu perkara sebenar?


Adakah dia mewarisi perniagaan keluarga Mafia dari abahnya?


atau Adakah dia akan melarikan diri?


Adakah dia akan mengulangi kesilapan yang sama ibunya pernah lakukan dulu, terperangkap di dalam cinta?

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


-Well bagi saya, buku ini WAJIB ada untuk sesiapa yang minat mafia, atau citer Godfather, sebab ini ialah sejarah sebenar dunia mafia bukan sahaja di Italy, tetapi di seluruh dunia termasuk la Amerika





2 comments:

nadira shahid said...

wah, macam menarik.. boleh bace by online tak novel ni? ;)

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

ta sure la :D try search Marisa Merico