14 April 2011

FOOD QUEST PART 3 (KL & UPM SERDANG)

 NODDLE STATION 
(MidValley)




yang atas tu Fried Maggi with Prawn, serius sedap wo, terasa perencah dier sebati dengan maggi

yang bawah tu Mi Wantan (Chicken), sedap dier nyer gumpalan bebola ayam, lembut and enak, sup dier pun boleh tahan, cuma... sayur dier berkilat, BESAR, saya takmau makan sayur tu haha





KEDAI JEPUN KAT FOOD COURT 
(MidValley)




sos kicap hitam tu penting, yang bagi sedap nasi ni,ok time to gaulgaul nasi ni..





yeah mari makan, itadakimasu!





BAKSO SRI SERDANG 
(GERAI DEKAT PINTU KECIK UPM)






bebola daging dier mang pure daging tapi lembut and terasa lemakmanis bila gigit, sup dier rasa boleh tahan, tapi satu je kelemahan, banyak nya sos cili akak ni letak >_<

 hehe maybe next time i should try without sos, the sos really menutup rasa mihun bakso ni and jejas rasa sup ni sikit, hehe overall puas hati la dengan harganya, sangat puas hati





PUTRA FOOD COURT 
(UPM)


ok jom makan tauhu bakar! =D







actually first takut gak nak makan, sbb tauhu, bg saya tauhu = tawar hohoho

tapi kawan i dari johor tu blanja, dier kata kat johor banyak, kat KL susah betul na cari tauhu bakar, so bila dapat tau Putra Food Court ada jual tauhu bakar, dier terus belikan utk bg kami rasa


rupanya MEMANG SEDAP, huhu puas hati gak la, kuah dier rasa macam kuah rojak, and tauhu dier punya kerangupan di luar dan kelembutan di dalam sangat terasa sedap bila digigit












huhu tapi kuahnya sangat pedas, sampai naik ke telinga, ye telinga akan rasa mcm ditarik tarik sbb pedas, hehe kawan i dari johor tu kata "ini boleh kata tauhu bakar yg sedap, kuah dier pekat, kacang dier pun sebati, tauhu dier pun dibakar rangup"

"cuma kalau kurang sikit pedas mesti lagi sedap"

Tips nak enjoy makan pedas: makan dengan aiskrim












aiskrim dah la murah RM1 je, sedap pula tu. Dalam aiskrim vanilla ni ada byk kepingan2 coklat, wah macam aiskrim mewah, tapi murah je. satu kewajiban makan kat Putra Food Court mesti beli aiskrim.


oh sangat nikmat bila lidah tgh pedas pedas tu kita mam aiskrim, uuh pedas reduce to zero


lepas tu sambung mam tauhu bakar yg amat pedas tu, pastu cepat2 mam aiskrim, uuh feelingnya~





 wah aiskrim dier sampai ke hujung pun ada lagi, berbaloi kan ^^

hoho so what can i say

len kali saya post pasal food quest kat buffet MAEPS pula =3 see ya






PIC BUKTI FYP SAYA MANG EVIL!!!


ini post meluahkan perasaan (ya saya tgh demam masa menaip ni) ok ^^ a picture paints a thousand words, hayatila penderitaan ku, cewaah hehe ready *post yg banyak kuarkan aura negatif* 


Makanan ayam (starter) - kami berdua je bancuh satu tan makanan (for 3 weeks for 600 chicks)

Selepas bancuh kami kena agihkan satu tan makanan tu ke setiap bekas makanan ni, so satu bekas ada 12kg makanan. and angkutla satu2 masuk reban (plus terpaksa buat cepat2 sbb ari nak hujan)


bawah ni sebahagian dari bekas air kena isi 2 hari skali, kadang2 kalau nasib baik, isi semua bekas air ni berdua la dgn Cheng


 huhu kadang Cheng ta bernasib baik Cheng isi sorang2, kalau saya ta nasib baik, saya isi sorang2... 72 bekas, satu bekas ambil masa 1-2 minit na isi, so bayangkan la 1-2jam masa guna utk membongkok isi air je, patah pinggang >_<


hehe saya taknak cerita pasal membuang najis ayam, itu lg la tahap evil+jijik so saya tamau ambik pic saya membuang najis >_< ah tamau ingat, jijik jijik

ok time untuk membancuh Finisher (2 kali ganda byk dari Makanan Starter)


dalam kilang makanan, see how many my guni, setiap guni 50kg, and bayang i kena angkut satu2, adeh patah pinggang lagi


tgh membancuh makanan guna mixer (kami letak corn, soybean, wheatpollard, lysine, methionine, minyak masak, garam, calcium carbonate, dan lain lain)

sekali bancuh 100kg, then kena bancuh 13 kali (13 treatments)

sekali bancuh setengah jam, so setengah jam kali 13.....


haha dah siap bancuh semua, and dah siap pindah masuk reban... tapi kena agih agihkan masuk bekas makanan pula >_<


haha tangan gigil sbb da habis energy

yup my work not done yet, nanti pas habis sembelih semua ayam, kena ambik sampel usus pastu buat bacterial culture (LAB media culture and EMB media culture), and pastu kena buat digestiblity test


~(ToT)~ moga saya masih waras selepas habis semua ni

12 April 2011

FOOD QUEST PART 2 (AYER HITAM)

YONG TAU FU AYER HITAM



pergh sup dier memang sedap giler, terasa pekat sup daging dier, bila hirup sup ni terasa terawang awang, mang terasa cukup sebati keenakan daging lembu + kemanisan bebola sotong, bebola ketam yang kita pilih


NASI BERIYANI KAMBING


yang saya suka tentang nasi beriyani ni ialah kuah daging kambing tu, kuah dia macam kuah kurma+kari, sedap sangat, sangat sangat kena dengan nasi beriyani dia. uuh first time rasa kuah macam ni, and daging kambing diapun lembut, and saiznya pun agak puas la makan, siap ratah lagi, uuh sedap~!


SAMBUNG JALAN JALAN KAT AYER HITAM


Keropok bawang perisa coklat! =D 


oh ayer hitam ini bandar persinggahan, ada satu pekan banyak gerai borong, ala ala pasar malam, sini banyak buah murah murah, and keropok/kerepek pelbagai jenis =3 and teddybear murah2 too

so kalau pergi kluang, singgah ler kat ayer hitam ^^

10 April 2011

A GUIDE ABOUT MLM (Multi Level Marketing)


As a guide for my friends and my readers to help them make a better choice in life
As as an encouragement to those who are destined to success in this business, and as warning to those who are not suitable

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Please read until end for better view ^^
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Well i da diperkenalkan dengan MLM sejak sekolah menengah lagi, so agak2 tahu baik buruk MLM, mcm macam sistem ini beroperasi, and ciri ciri orang yg sesuai buat bisnes MLM.

Ada orang kata MLM menipu, well pikir sendiri pas habis baca artikel ni. Bagi saya sistem MLM itu sendiri ta menipu cuma ianya sistem bisnes non-konvensional, terbalik dari sistem bisnes biasa.

Saya menyokong MLM ke? tak juga.. because i am not an MLM businessman, and because i know MLM ta sesuai utk saya



~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
APA ITU MLM

MLM - Multi Level Marketing secara ringkasnya satu bentuk perniagaan di mana lebih banyak produk dijual, lebih banyak untung seseorang itu dapat. 



+one of common phrases in mlm business: lagi rajin anda, lagi banyak usaha anda, lebih banyak duit anda dapat, ianya adil+


Macam mana tu? Well di dalam MLM, ada beberapa tahap yang boleh dicapai berdasarkan jumlah pembelian kita, lebih tinggi tahap kita lebih banyak keuntungan yang kita nikmati.

Kenapa pembelian? Because untuk buat bisnes, kita perlukan produk untuk dijual, so konsep dalam MLM, sebelum jual produk, kita kena ada produk itu dulu, so untuk ada produk tu, kita kena beli dulu.

So dari konsep ini la aliran wang dapat dijana.





Bila u yakinkan someone produk ini boleh beri keuntungan tinggi apabila dijual, someone itu first perlu beli produk dari anda, so now u have a regular customer, because each time dia nak jual produk dia, dia perlu beli dari anda.




Pembelian anda akan bertambah dan tahap anda secara tak langsung akan naik




Sebab orang yang membeli produk dari anda akan ada regular customers nya sendiri, if more regular customers, orang tu need more products, so dia akan request from u to sell more products kat dia, and anda pun akan beli more products from ur supplier to support demand dari bawah.





Bila tahap pembelian terkumpul anda sudah banyak, next time when anda jual produk, anda akan dapat more untung. Oh ya if anda pergi ke syarikat MLM, mereka akan cakap,





  anda boleh dapat lebih banyak untung bila capai tahap ini, tapi untuk sampai tahap ni, anda perlu beli sebanyak ini, ya awak boleh beli untuk kegunaan awak sendiri tapi rugila, sebab disamping awak beli untuk kegunaan sendiri, awak akan dapat lebih untung banyak untuk jika anda perkenalkan produk ini kat orang lain.

Jika awal kenalkan produk ni kat orang len, anda dapat share kebaikan produk ni dengan orang yang awak sayang, awak dapat pakai untuk kegunaan sendiri dengan harga yang lebih murah disamping awak akan dapat keuntungan sampingan.







Why ta cukup if just beli utk kegunaan sendiri? my opinion because if pakai sendiri, they know, pembelian anda takkan bertambah, or one day, mungkin anda akan berhenti memakai produk ini, mungkin anda akan berhenti membeli produk ini, and when u stop, they lost one regular customer, ah ruginya






So itula pentingnya regular customers (atau bahasa pasarnya - downline) di dalam MLM, to create continuous demand of products, so that bila kita menjadi ahli business ni, kita akan ada secure income create by this continuous demand.

So ini la dia sistem bertingkat MLM.






And most MLM company takkan mengaku mereka menjalankan business MLM, disebabkan faktor penerimaan masyarakat Malaysia. So, mereka akan buat pelbagai cara untuk buktikan mereka bukan syarikat MLM, luckily disebabkan Malaysian pun tak berapa paham apa tu MLM, so mereka akan percaya apa yg syarikat ni cakap.



+one of common phrases in mlm business: kami bukan MLM, kalau MLM, anda kena cari downline anda sendiri selepas tu anda ditinggalkan mcm tu je, dalam MLM orang atas sentiasa untung, tapi di sini kita buat keje sama sama, and kita takkan kayakan orang atas, di sini kita kena sentiasa berusaha, tak buat apa apa takkan dapat apa apa, siapa yang rajin akan dapat lebih, kan adil tu+





~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
KEBAIKAN MLM


Mari citer kebaikan dulu ^^


As it is a non conventional business system (later i akan cerita beza operasi konvensional and non konvensional business) kita tak perlu advertise produk kita di media, so it save cost.


And kita ta perlu susah susah pikir pasal branding or packaging, because semuanya company provide, and ta perlu pikir risiko jangka hayat untuk stok produk sebab mostly kita beli when kita nak jual.






And paling penting and paling syok, kita ta perlu ada kedai, pikir bayar sewa kedai, bil elektrik kedai, and pada masa yang sama duit sentiasa masuk kerana kita akan dapat banyak regular customers.

Bayangkan business di mana produk yang anda jual sentiasa ada pembeli, takyah risau apa musim, ur customers always there to buy product from u =D best kan





And because of bonus keuntungan yang dijanjikan, anda boleh dapat berbelas ribu pendapatan setiap bulan pada usia muda, 17 tahun pun ada (ya saya pernah tgk dengan mata saya sendiri, but i know how hard to get there) this kind of business growth very fast, you masuk hari ni, lagi 3 minggu anda boleh hidup senang, but you need determination. yes determination.






~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
KEBURUKAN MLM


Well time untuk cerita keburukan. .



Bukan semua orang boleh buat business MLM (that is why i tulis guide ni - to warn orang yg ta sesuai and to encourage orang yg sesuai)

Walaupun ahli ahli MLM akan cakap semua orang boleh buat business ni, but trust me, not all can do




+one of common phrases in mlm business: trust yourself, tak susah nak ubah nasib sendiri, semua orang boleh buat business ni, yang membezakannya ialah keberanian, keberanian untuk mengambil peluang, percayala semua orang boleh buat, u just need to follow apa yang kami dah buat, and u akan dapat hasilnya+




Anda tak bebas untuk menjalankan bisnes dengan cara anda, anda tak boleh sesuka hati ubah harga produk, anda kena ikut aktiviti mingguan syarikat di mana cara anda tarik prospek (bakal customer) akan sentiasa menjadi cara yang sama tiap tiap minggu, forever, iaitu bawa pi perjumpaan mingguan syarikat. 




As they always say in MLM, "just follow apa yang kami dah buat, kami akan tunjuk caranya"





You need determination, great focus on this business. Anda perlu menjadi lebih disiplin, sentiasa mematuhi masa jika anda nak berjaya dalam MLM.

Determination. . ya, mostly regular customers dalam MLM ialah orang yang rapat dengan kita.




First, because kita nak share kebaikan produk tu dengan orang yang rapat dengan kita, kita nak orang yang rapat dengan kita sentiasa guna produk tu disamping nikmati keuntungan sampingan. One of the great reasons why people join MLM because to help others.



Second because it is more easy to yakinkan orang yang rapat dengan kita because they already know us, and kita also percaya and kenal mereka, perasaan malu kita sedikit kurang berbanding orang yang tak kenal.




So risikonya, anda kemungkinan create satu jurang antara anda dengan orang sekeliling anda. Kadang kadang jurang ni dicipta oleh ahli MLM itu sendiri. Mereka akan rapat dengan prospek mereka, berbaik baik, tetapi apabila prospek (biasanya kawan) taknak join, ahli MLM ni akan kecewa (ye la banyak masa and tenaga habis kot pujuk kawan utk join), and mereka akan terus pujuk prospek, and prospek terus menolak maka ahli MLM menjadi kecewa. Kekecewaan ahli MLM akan buat prospek jadi tak selesa and malu untuk berjumpa ahli MLM ni tadi (even if they are kawan baik)





Mostly orang yang terlibat dengan MLM create satu perasaan takut orang di sekeliling mereka atau pandangan negatif terhadap mereka, ini kerana masyarakat Malaysia mempunyai pandangan yang salah terhadap MLM






Siapa yang create pandangan salah ni?

Biasanya ahli MLM yang tamak dan tak sabar sabar nak dapat untung cepat sanggup guna apa saja cara untuk tarik regular customer.

Ahli MLM tamak akan sorok risiko, mengaburi mata prospek (bakal downline) dan hanya cerita part keuntungan duit sahaja. Mereka akan sentiasa push anda. Ahli MLM tamak akan sentiasa push prospek untuk join, bila prospek sudah join, mereka akan push ahli baru ni cari prospek.



Push, push and push. Mereka akan guna pelbagai taktik psikologi, biasanya mereka bertindak dalam kumpulan. Mereka akan keliling anda, ajak lepak sampai tengah malam, bila u letih ngantuk, mereka push.





First mereka akan cakap rugi tak join. Lebih ramai akan join nanti, so takkan nak tunggu lagi jadi orang bawah.





Second, bila anda still takmau, mereka akan cakap, kami akan bantu, kita buat keje sama sama.





Third, mereka akan yakinkan, tak susah nak senang, just follow. Tengok si minah ni (mereka akan tunjuk contoh seorang dua ahli yang berjaya yg tgh lepak sama sama skang tp duduk tempat lain) hidup senang tapi muda lagi. Taknak ke hidup senang macam dia?





Keempat, bila kita still ragu ragu, mereka akan touch about family kita, awak tak sayang parents awak? awak taknak senangkan hidup parents awak ke

*ini la satu keburukan utama MLM, when they start to attack u about ur parents*

awak tak sayang mak awak? awak sanggup ke biar bapa awak terus hidup susah?









Kelima, mereka akan cakap mereka kecewa dengan anda. Bayangkan kawan anda cakap "Aku kecewa dengan kau" mesti kita rasa tak sanggup nak bagi kawan kita sedih kecewa.

Mula mula mereka akan angkat kita, mereka cakap mereka nampak potensi kita. Bila kita takmau atau ragu ragu, mereka akan jadi sedih hingga cakap


 "aku ingatkan kau boleh nampak peluang ni semua, tapi kau ego, kau taknak ubah nasib kau sendiri bila ada peluang, aku kecewa"





Lastly, bila anda still degil takmau, mereka tanpa rasa belas kasihan akan malukan anda.

Mereka akan malukan anda dengan bandingkan anda dengan someone yang lebih muda dari anda tapi sudah berjaya dalam hidup.

Mereka akan malukan anda dengan tunjuk keadaan anda sekarang yang selekeh, bawa moto buruk, asyik pinjam duit nak makan, kulit kusam, baju murah, sedangkan ahli MLM yang dah join sentiasa happy, baju mahal, muda muda dah ada kereta sendiri, tiap tiap minggu boleh hantar duit kat parents.





Keburukan yang paling besar MLM yang diamalkan di Malaysia ialah memaksa orang meminjam.
Cuba fikir, kenapa anda perlu biarkan diseksa 6 cara di atas sedangkan kalau anda join settle takkan kena push, sebab, untuk join, anda kena buat pembelian, untuk beli produk anda perlu duit, so untuk join anda perlu duit






And mereka tahu anda takde duit untuk join (because mereka pun macam tu juga dulu), and jujurnya mereka tak percayakan kesungguhan anda nak join jika anda just kata "nanti saya simpan duit ye" so mereka akan on the spot, paksa anda pinjam duit supaya boleh join dorang, secepat mungkin

Disebabkan mereka tahu anda takde duit la, mereka akan menyuruh anda cari kawan kawan anda, pinjam duit, pinjam dari mak bapak, pinjam dari adik beradik, dari ah long, sambil yakinkan anda akan dapat wang untuk bayar balik hutang anda.




+one of common phrases in mlm business: saya pun dulu nak join ni pinjam duit dari kawan kawan juga, tapi saya tahu, kali ni kalau saya pinjam saya akan dapat balas balik jasa mereka yang pinjamkan saya duit, 

bisnes nak kena ada modal kan, so every businessman start their bisnes dengan buat loan kat bank untuk dapatkan modal because mereka takde duit tapi mereka nampak peluang bisnes mereka, sama la sini, anda ditawarkan satu peluang bisnes, so like every businessman, kita jangankan lepaskan peluang semata mata takde duit nak buat modal, usaha sikit, pinjam dari kawan kawan+





But again, i warn u, not all people boleh buat business MLM




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
ORANG YANG TAK SESUAI BUAT MLM


Orang yang enjoy kerja makan gaji atau selesa dengan kerja makan gaji.


Orang yang tidak berdisiplin, tidak dapat mematuhi masa, atau tidak suka terikat pada satu perkara.


Orang yang adventurous, suka try and error, orang yang suka tukar tukar kaedah atau mencuba kaedah baru dalam perniagaannya.


Orang yang tidak mempunyai keinginan untuk hidup mewah.


Orang yang tidak mahu mengikut cara orang lain. Suka buat kepala sendiri.


Orang yang suka buat kerja sorang sorang dan tak mahu bekerja dalam kumpulan.


Orang yang mempunyai prinsip yang bertentangan dengan kaedah MLM, contohnya tidak mahu jual barang barang kat kawan kawan atau famili, ataupun tidak mahu meminjam wang.


Orang yang percaya wang takkan menjamin kebahagiaan.


Orang yang tidak sanggup berkorban.




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
BAGAIMANA NAK BERJAYA DALAM MLM

Di dalam MLM, faktor yang paling penting ialah disiplin. Anda sangat sangat perlu mematuhi masa.

Trust me, anda boleh berjaya dalam MLM, and ianya tak salah untuk buat bisnes ni. And anda boleh dapat pendapatan lumayan, hanya jika anda...



Strong will, langsung tak ragu ragu tentang bisnes yang anda buat, tak ragu ragu tentang produk anda jual.

Anda fokus and sanggup ikut cara yang sama orang atas (supplier - upline) buat.



Sentiasa bekerja dalam kumpulan, bersama sama, ini bermakna sentiasa berkumpul dengan ahli kumpulan MLM anda (juga bermakna anda sanggup korbankan sesuatu di dalam hidup anda, maybe bestfriend or kekasih anda dengan mengurangkan waktu bersama si dia)



Sentiasa pergi perhimpunan mingguan untuk keep focus, untuk terus bermotivasi, motivasi sangat sangat penting dalam bisnes MLM. Dengan pergi perjumpaan/perhimpunan mingguan, anda bukan saje dapat kekalkan motivasi dengan melihat orang yang sudah berjaya, anda dapat perbaiki kemahiran bercakap, tambahkan keyakinan diri, berkongsi tips, di samping jika anda bawa prospek, lebih mudah anda yakinkan prospek sebab kawan kawan yang lain anda untuk tolong anda



Anda mempunyai target atau matlamat, anda mesti bercita cita tinggi, nak ada rumah besar, atau kereta mewah, atau hidup dengan bergaya. Mempunyai matlamat yang tinggi membantu anda mempunyai motivasi yang tinggi.



Because u always follow apa yg org lain buat, satu satunya perkara yang anda bebas buat sendiri, yang membezakan anda dengan ahli yang lain ialah prospek yang anda cari.

Anda perlu sentiasa kreatif mencari prospek, fahami siapa yg anda target, office worker? student? CEO? politician? celebrity? gadis remaja? setiap orang ada cara tersendiri untuk anda approach, ada cara tersendiri untuk mendapatkan keyakinan mereka, belajar tentang ini dari orang orang di atas yang sudah berjaya.



Jangan lupakan tuhan, jangan lupakan Allah. Sentiasa berserah kepada Allah, dan sentiasa mohon petunjukNya.

Sentiasa merancang jadual anda, merancang perbelanjaan anda. Sebarang masalah kecil mampu affect motivasi anda dan seterusnya prestasi anda. Bila motivasi anda jatuh, anda tak dapat yakinkan prospek.





~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
BASIC SISTEM KONVENSIONAL BISNES AND MLM

Ok first part kita cerita aliran product. Ianya penting kerana dari sini kita dapat lihat kos yang perlu ditanggung dan mengapa harga produk menjadi sebegitu rupa, dan bagaimana produk dipasarkan.

Di dalam bisnes konvensional, aliran product dari producer ke pengguna ialah seperti ini


|Producer| -> |Wholesaler| -> |Retailer| -> |Pengguna|

Di dalam MLM, aliran product dari producer direct terus ke pengguna

|Producer| -> |Pengguna|

Tetapi boleh dikembangkan menjadi

|Producer| -> |Pengguna 1st| -> |Pengguna 2nd| -> |Pengguna terakhir|



Di dalam sistem konvensional, Wholesaler membeli produk dari Producer dengan harga yang murah tetapi menjual kepada Retailer dengan harga yang lebih tinggi kerana terpaksa menanggung kos penyimpanan, risiko produk rosak dan susut harga produk.

Kos promosi, penyediaan service kepada pengguna, peningkatan value product, dan memenuhi demand membolehkan Retailer menjual harga yang lebih tinggi kepada pengguna berbanding Wholesaler.



Retailing juga terpaksa menjual harga tinggi kerana Retailer menanggung risiko yang paling tinggi berbanding Wholesaler dan Producer.

|Producer (10% untung)| -> |Wholesaler (30% untung)| -> |Retailer (60% untung)| -> |Pengguna|

Pengguna menanggung kos yang dibawa dari Producer hingga ke Retailer, dan keuntungan menjadi semakin besar bermula dari Producer hingga ke Retailer seiring dengan risiko dan kos yang menjadi semakin tinggi.



Tetapi di dalam sistem MLM...

Ianya hanya terbalik dari sistem konvensional, kalau di dalam konvensional, keuntungan paling besar dinikmati oleh Retailer kerana risiko yang ditanggungnya paling besar, dan Producer memperoleh paling sikit keuntungan kerana tanggung paling sedikit risiko dan kos.



Di dalam MLM, producer memperoleh keuntungan paling tinggi diikuti lapisan seterusnya sehinggala lapisan pengguna kedua terakhir memperoleh paling sedikit untung. Ini kerana producer menanggung risiko yang paling tinggi.


|Producer (60% untung)| -> |Pengguna 1st (30% untung)| -> |Pengguna 2nd (10%)| -> |Pengguna terakhir|


Pengguna 1st yang memesan produk dari producer tidak perlu menanggung kos penyimpanan dan risiko penyimpanan kerana hanya memesan apabila mendapat permintaan dari pengguna 2nd. Tetapi producer sentiasa perlu menanggung risiko penyimpanan samaada ada permintaan atau tidak dari pengguna 1st.

Producer juga yang membungkus dan memberi jenama pada produk, disebabkan itu keuntungan paling tinggi dinikmati producer.



Harga product lebih mahal dari value sebenar product kerana, pengguna terakhir terpaksa menanggung kos keuntungan yang diagihkan dari pengguna terakhir hingga ke producer.

Harga sebenar product ialah RM3000 tetapi terpaksa dijual pada harga RM35,000 kerana mengambil kira kos kehilangan keuntungan yang diagihkan sebagai bonus kepada beberapa peringkat teratas ahli.



Dalam erti kata lain, untuk menanggung agihan bonus kepada ahli di peringkat atas, harga product terpaksa dijual dengan harga yang lebih mahal.

Kebaikan sistem ini ialah tiada promosi diperlukan dan kos operasi (sewa, utiliti - air, elektrik) juga tiada.

Product di dalam MLM juga biasanya bukan barang keperluan, tetapi demand for this product is created.








~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
KESIMPULANNYA

Please know urself before ur decide anything. Kenali kemampuan anda. Anda lebih kenal diri anda berbanding orang lain. If u decide to join any MLM, keep focus, jangan buat sekerat jalan. jangan ragu ragu, if u main main, you'll lost lots of money, time and energy. If u tak sure nak join atau tak, ask urself, 

AM I DISCIPLINE ENOUGH, CAN I KEEP FOCUS?

+choose your path wisely+

04 April 2011

+huhu jom blajar bahasa Thai (edisi Romance)+


ฉัน Chan (saya - utk girl je guna)


ผม Phom (saya - utk org laki je guna)


คุณ Khun (awak - kat laki boleh, kat girl pun boleh)


ที่รัก Thi rak - Darling




Bila seorang pakwe cakap I love U kat awek dier...


ผม รัก คุณ Phom rak khun - I love you


Bila seorang awek cakap I love U kat pakwe dier...


ฉัน รัก คุณ Chan rak khun - I love you




Ayat seorang pakwe memuji kecantikan aweknya...


สวย Suay - Cantik


สวย มาก Suay maak - Cantik sangat


คุณ สวย Khun suay - Awak cantik


คืนนี้ Khuern nii - Tonight


คืนนี้ คุณ ดู สวย มาก Khuern nii khun duu suay maak - Malam ni awak nampak cantik sangat


คุณมียิ้มสวย Khun mii yim suay - Awak ada senyuman yang manis




Ayat awek puji pakwe dier..


คุณ หล่อ Khun Lo - Awak handsome


คุณดูดี Khun duu dii - You look great




Ayat ayat bermanja manja...


ฉัน ขี้อาย Chan kii aai - Saya pemalu (utk girl yg cakap)


ผม ขี้อาย Phom kii aai - Saya pemalu (utk laki yg cakap)


ได้ ไหม dai mai - boleh tak?


ไม่ได้ mai dai - tak boleh


ได้ dai - boleh


ผม คิดถึง คุณ Phom khid thuerng khun
I miss you (for laki use)


ฉัน คิดถึง คุณ Chan khid thuerng khun 
I miss you (for girl use)


คุณ เป็น คน พิเศษ สำหรับ ผม
Khun pen khon phiset samrap phom (diucapkan oleh laki)
-Awak ialah insan yang teristimewa buat diriku 


คุณ เป็น คน พิเศษ สำหรับ ฉัน
Khun pen khon phiset samrap chan (diucapkan oleh girl)
-Awak ialah insan yang teristimewa buat diriku 

by ไอซัด อิบรๅฮิม (Izzat Ibrahim)  



+Me and my bestfriend from Thailand, Real+