05 December 2010

Tragedi Sebuah Persahabatan - Legenda Puteri Santubong



Kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ada banyak versi. Kali ini saya akan menceritakan kisah dua puteri kayangan ini dan kaitannya dengan kehidupan sebenar kita. ^^ Harap anda membaca penuh perasaan sehingga habis =)


My Favourite Version of Legenda Puteri Santubong




Puteri Santubong ialah puteri dari kayangan. Dia ada seorang adinda yang bernama Puteri Sejinjang.




Baginya, Puteri Sejinjang ialah sahabat karibnya. Banyak kenangan yang telah mereka lalui bersama ketika di kayangan. Puteri Santubong amat menyayangi adindanya.

Pada satu hari, di dunia manusia berlakunya pertelingkahan antara dua kampung. Maka ayahanda mereka,




Raja Kayangan menitahkan kedua-dua puterinya, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung ni.




Kedua puteri kayangan ini bukan sahaja jelita, tetapi anggun dan bijaksana. Mereka berdua berjaya mendamaikan dua kampung tersebut.

Selepas itu, orang-orang kampung merayu agar kedua-dua puteri ini terus menetap di bumi dan dengan berbesar hatinya Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang pun setuju. Semua orang gembira.

Puteri Santubong mengajar menenun kain dan Puteri Sejinjang suka mengasing sekam padi dengan aluk.




Pada suatu hari, Putera Serapi datang melawat kedua kampung tadi. Putera Serapi yang kacak dan cool ni berjaya menawan hati Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.

Akhirnya, Putera Serapi terpikat pada keanggunan Puteri Santubong. Maka bercintala Putera Serapi dan Puteri Santubong.




Percintaan Putera Serapi dan Puteri Santubong telah melukakan hati Puteri Sejinjang.




Puteri Sejinjang merasakan dirinya lebih lawa dari Puteri Santubong dan dia lebih berhak untuk memiliki Putera Serapi.

Maka, Puteri Sejinjang pun bersemuka la dengan kakandanya Puteri Santubong untuk menyatakan hasrat di hatinya untuk memiliki Putera Serapi.

Puteri Santubong pun menangis.




Dia takmau kehilangan satu-satunya sahabat karibnya, adindanya sendiri. Tetapi dia juga tidak sanggup kehilangan lelaki yang dicintainya.

Puteri Santubong dalam dilema, dia tidak mahu kehilangan kedua-duanya.
Dua-dua penting, sama sama penting.




Tetapi Putera Serapi hanya mencintai Puteri Santubong. Putera Serapi tidak mencintai Puteri Sejinjang. Jadi Putera Serapi memujuk Puteri Sejinjang agar mencari jejaka lain yang lebih baik darinya.

Lalu Puteri Sejinjang berasa sangat marah terhadap Puteri Santubong.




Mana boleh macam ni. Kakandanya tak paham ke yang dia amat mencintai Putera Serapi. Apa salahnya mengalah pada adindanya sendiri.

Lalu dia menyerang Puteri Santubong. Puteri Sejinjang mengutuk Puteri Santubong tak sedar diri. Puteri Sejinjang kata dirinya lebih cantik, lebih padan dengan Putera Serapi.

Puteri Santubong pun berasa terhina dengan kutukan Puteri Sejinjang. Maka Puteri Santubong pun mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya lebih baik jika nak dibandingkan dengan Puteri Sejinjang




Puteri Santubong menjerit kata "Adakah adinda tidak terpikir perasaan kanda?? Ingat kanda penting diri sangat ke? Kanda sayang adinda tau tak!"

 Kalau boleh, apa saja kehendak adindanya dia mahu tunaikan. Dia sayang Puteri Sejinjang. Puteri Sejinjang satu-satunya sahabat baiknya.





Tapi dia perlu pikir perasaan Putera Serapi. Putera Serapi hanya cintakan Puteri Santubong. Ini hakikat yang perlu Puteri Sejinjang terima.

Puteri Sejinjang yang berasa sangat tertekan dan marah tiba tiba menghayun aluknya menghentam pipi Puteri Santubong.




Dengan kekuatan terakhir, Puteri Santubong menikam belida di kepala Puteri Sejinjang.

Akhirnya kedua-dua puteri tersungkur.




Perbalahan mereka berdua telah mencetuskan kemarahan ayahanda mereka.




Maka Raja Kayangan pun menjatuhkan sumpahan kayangan ke atas mereka berdua.

Puteri Santubong disumpah menjadi gunung dan Puteri Sejinjang disumpah menjadi pulau yang bertaburan.




Tinggalla Putera Serapi keseorangan...





Ok ok, motif post kali ini. Cerita ini ditujukan khas untuk mengingatkan anda semua tentang kasih seorang sahabat. Hargaila sahabat anda.



 Please luahkan apa perasaan anda, susah hati anda, kegembiraan anda pada sahabat anda kalau sayangkan dia. 

JANGAN BIARKAN DIA TERTANYA TANYA APA DAH JADI DENGAN ANDA. JANGAN BIARKAN DIA BERSENDIRIAN.



And perkara biasa untuk dua sahabat bergaduh. Tapi bila bergaduh, fokus pada perkara baik dia. 

Perbezaan pendapat ialah perkara biasa, tapi janganla kerana satu perbezaan pendapat, kita menolak semua yang dia kata.



"Persahabatan yang sejati walau gaduh camne pun pasti berbaik semula.. sebab kasih and sayang and kenangan yang dorang lalui bersama akan buatkan dorang berkawan semula"



~(^_^)~ akhir kata, sayangila orang yang menghargai awak



Lagu Puteri Santubong









[Gambar diambil dari]


[and sorry i x dapat cari owner link pada pic-pic lain]

and ada juga gambar yang diambil hakcipta 
square-enix dan blizzard

[thanks ~(^_^)~]

04 December 2010

Ulik Mayang dan Cinta yang Tidak Kesampaian



legenda ulik mayang ada banyak versi, tapi secara rumusan ia mengisahkan tentang


+ 7 Puteri yang nakal +
+ Nelayan yang sesat di laut +
+ Pantai dan laut yang bergelora +


My Favourite Version of Ulik Mayang

Adanya kisah sekumpulan nelayan turun ke laut tetapi bot mereka dilanda ribut. Mereka hampir lemas, tetapi nasib mereka baik apabila diselamatkan oleh 7 Puteri Laut. Puteri-puteri laut membawa nelayan-nelayan ini ke dunia mereka. 




Setelah lama duduk di dunia puteri laut, nelayan-nelayan ini semakin mesra dengan puteri-puteri tadi. Persahabatan menjadi semakin akrab, dan seorang nelayan akhirnya telah jatuh cinta dengan seorang puteri laut. 

Ketika ini, perebutan takhta di dalam istana semakin menjadi-jadi, dan percintaan puteri laut dengan nelayan ini akan memburukkan lagi keadaan.

Akhirnya Puteri-Puteri Laut yang lain mengambil keputusan untuk memisahkan adinda mereka dengan kekasihnya. "This is a forbidden love" kata salah seorang dari Puteri Laut




maka akhirnya nelayan-nelayan tadi dihantar ke pantai kampung nelayan tadi. Tetapi sebelum berpisah, salah seorang kakanda Puteri Laut sempat berkata "Kalau rindu kami, nyanyila lagu Ulek Mayang di tepi pantai ni, kami akan datang melawat, bye bye abang abang semua"

dan Puteri Laut yang bercinta dengan nelayan tadi dengan sedihnya terpaksa meninggalkan kekasih tersayangnya. Tapi alangkah sedihnya walaupun mereka saling mencintai tetapi mereka tidak dapat bersama.

kata nelayan sang kekasih puteri laut "takpela ayang, abe risau kalau abe duduk di rumah ayang lagi nanti ayang yang susah, abe takmau ayang susah, biar abe di sini ye, abe janji abe akan selalu nyanyi lagu ini untuk ayang"




So, apa motifnya post saya ini. Motifnya ialah saya ingin bagitau, even hati ini mencintai seseorang sangat sangat, tapi kita tau, kita takkan dapat memiliki orang itu. 

Ya, dulu saya tak percaya perkara macam ni ada berlaku, sebab bagi saya, kalau suka seseorang, terus pi dapatkan dia. Tetapi sekarang saya dah sedar. Ada kalanya walaupun saling mencintai, tapi tak semestinya dapat bersama.

Ada pelbagai kenapa kita rasa kita takkan dapat bersama cinta kita. Antaranya tanggungjawab, kita ada tanggungjawab lain, dan mungkin kerana kita takmau orang yang kita cinta itu susah atau terseksa jika terus bersama kita.

So lagu ulik mayang ini ditujukan kepada cinta-cinta yang tidak kesampaian di dunia ini





Tarian ulik mayang masih lagi dipersembahkan di pantai timur. Ia ada sedikit unsur pemujaan. Tapi tarian dan lagu ulik mayang harusla dipelihara kerana ianya warisan adat kita. Hehe orang kata jangan nyanyi lagu ulik mayang di tepi pantai sorang sorang kalau sayangkan nyawa anda, hehe kalau berani, try la



[Gambar di ambil dari]


[Thank you ~(^_^)~ ]

26 November 2010

FOOD QUEST PART 1 (PARIT BUNTAR)

Mee Udang Parit Buntar





FOOD QUEST PART 1 (KL SENTRAL)


Chicken Rice Shop




18 November 2010

SAYA SUKA KARTUNIS LAMBOK



hehe kalau ada group tu kat facebook, confirm aku join

why? sapa kartunis lambok?

Lambok ialah kartunis majalah APO, lukisannya bersahaja, penuh drama, ekspresi muka karakter yg biasa, tapi lawak dier mang pecah perut. Hehe tak caya, try baca promo komik2 Lambok di bawah ~(^_^)~ enjoy!

hehe apo laie, jom poei bli majalah Apo / Ujang ^^


 +Klik untuk zoom, x clear gak, right click, save as picture+





15 November 2010

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA

~di ambil dari Alyaa Bella~


♥♪



13 November 2010

Photorealism Painting

Apakah itu photorealism painting, lihat lukisan lukisan bawah ni, macam real kan, sedangkan bawah ni semuanya lukisan tangan, yang dilukis menggunakan berus di atas kanvas lukisan


Lukisan Richard Estes - Paris Street Scene


Lukisan Richard Estes - Telephone Booths


Lukisan Richard Estes - 34th Street, Manhattan


Lukisan Alyssa Monks


Lukisan Alyssa Monks - Scream



12 November 2010

^^ ehem tahu tak apa itu tiga kentang terhebat?

well, tiga kentang terhebat ialah
3 jenis makanan yang berasaskan kentang,
yang masing2 tidak dapat ditandingi di dalam kategori masing2,

 maknanya

kesedapannya memang tiada tandingan,
terasa macam ketagih nak makan lagi
and rugi kalau korang tak pernah try

so apakah dia

TIGA KENTANG TERHEBAT


+Cheezy Wedges KFC+




uuh kentang panas yang lembut yang disaluti sos keju istimewa, istimewanya kentang ini ialah pada kejunya, kejunya seolah olah memberi rasa yang terangkat apabila anda gigit bersama kelembutan kentang wedges ini.

Tapi if u ask for extra cheese, risiko tinggi kemungkinan rasa sedapnya akan hilang, taktau kenapa, muak kot kalau byk sgt cheese. The best for wedges.




+Popeye's Mash Potato+






aah yang ni memang fenomena baru di Malaysia, bakal meletup! Seriusly ini mang mash potato yang paling sedap, and semua yang pernah try Mash Potato dari Popeye (salah satu restoran fast food) akan kata uuh paling sedap! aah aku nak makan lagi kentang ni! Well kesedapannya terletak pada kuahnya, kuah Cajun.. nak tau mcm mana kesedapannya? try la. The best for mash potatoes.

[picture dari http://www.dotinabox.net/2010/07/popeyes-louisiana-kitchen/]




+McDonald Fries+





yang ni mang takyah cakap apa. hampir semua orang setuju kentang mcdonald lebih sedap dari kentang kfc yang lembik sgt rasa plain tu, and tak terlalu keras, rasanya yg penuh kekentangan, and lembut yg sedap sedap memberi nikmat dalam setiap gigitan. The best for french fries.

♥♪

EHEM, YANG PERTAMA~!

hoho sudah ada blog

thanks to my sis, Alya ~(^_^)~

page dier sgt cantik, so saya takmau kalah

maka terhasilnya page ini

well page saya simple je,

still belajar belajar ni

so sila la komen page saya

cantik tak?